Makanan

Kenapa Orang Jepun Kekal Sihat Walaupun Ambil Makanan Tinggi Karbohidrat

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kenapa Orang Jepun Kekal Sihat Walaupun Ambil Makanan Tinggi Karbohidrat

Tahukah, Jepun dikenali sebagai negara yang terkenal dengan disiplin dan pola hidup yang sihat. Beberapa kajian kesihatan menunjukkan penduduk Jepun mempunyai angka harapan hidup yang tinggi.

IKLAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh National Center for Global Health and Medicine di Tokyo, mereka yang mematuhi garis panduan pemakanan yang dicadangkan oleh kerajaan Jepun mempunyai 15% lebih sedikit untuk mengalami kematian atas pelbagai sebab.

Agaknya apa rahsia mereka hidup lebih lama dan lebih sihat walhal makanan ruji mereka sushi, udon, nasi atau ramen – antara jenis-jenis makanan yang tinggi karbohidrat. Kerana gaya hidup orang Jepun sangat teratur dan menyihatkan.

Orang Jepun Makan Tidak Sampai Kenyang

Orang Jepun dikatakan tidak makan sampai kekenyangan. Salah satu garis panduan makan mereka menurut adalah ‘hara hachi bu’, ertinya makanlah sampai perutmu penuh 8/10 bahagian. Makan perlahan akan membuat makanan lebih mudah dicerna dan perut kenyang. Inilah yang membuatkan mereka langsing dan sihat.

Foto – Live Japan

Baca : Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

Banyak Makan Ikan

Orang Jepun makan ikan sehingga 100 gram sehari. Mereka mendapat pengambilan asid lemak omega 3 yang lebih banyak. Tak hairan mereka mempunyai kulit yang berkilat dan awet muda. Asid lemak omega 3 juga merupakan lemak yang sihat bagi kesihatan. Orang Jepun gemar memakan makanan laut yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 dan kurang mengambil makanan yang telah diproses.

Foto – Gurunavi

Beras Perang Lebih Baik

Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah membuat satu penambahbaikan terhadap garis panduan tersebut pada tahun 2010. Memandangkan rakyat Jepun lebih banyak memakan beras putih sebagai makanan ruji mereka, kementerian telah mencadangkan agar setiap individu hanya mengambil 50 ke 65 peratus karbohidrat sahaja setiap hari dan cuba mempelbagaikan hidangan nasi dengan penggunaan bijirin penuh seperti beras perang.

Foto – Kitchen

Banyak Berjalan

Ini kebiasaan mereka sehinggalah ke hari ini. Di sana kebanyakan mereka berjalan kaki daripada naik kenderaan sendiri. Selain pemakanan, orang Jepun juga lebih aktif berbanding penduduk negara lain. Secara puratanya, setiap penduduk Jepun akan berjalan sebanyak 7,000 langkah setiap hari.

Foto – Pinterest

Saintis dalam bidang kardiovaskular, James DiNicolantonio menyatakan, penduduk Jepun mempunyai kombinasi unik yang menggabungkan makronutrien yang membuatkan mereka terselamat daripada mendapat obesiti dan penyakit metabolik. Menurut DiNicolantonio, penduduk Jepun cenderung untuk makan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan sayur-sayuran, tetapi mengambil lemak dengan kandungan yang rendah.

IKLAN

Disebabkan faktor-faktor seperti pemakanan rendah lemak, kurang pengambilan makanan diproses dan gaya hidup yang aktif, maka rakyat Jepun kekal sihat dan tidak gemuk walaupun mengambil makanan yang tinggi karbohidrat.

Wanista harap anda dapat mengikuti panduan pemakanan orang Jepun supaya hidup lebih sihat dan bahagia hendaknya.

Selamat Beramal!

RUJUKAN