Sambutan hari natal atau krismas semakin mendekati kita semua dan pastinya ramai yang sedang membuat persiapan awal bagi menyambut hari natal yang bakal menjelang tiba bukan? Dalam sedang sibuk mencari barang-barang dekorasi, adakah kamu telah mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada yang tersayang?
Jika belum, nah Wanista berikan idea baru untuk kamu. Baru-baru ini Amazin’ Graze baru sahaja mengeluarkan tiga snek makanan terbaru dan popular yang di bungkus dalam pek bungkusan hadiah yang cantik-cantik!
Snek Amazin’ Graze Koleksi Edisi Terhad Discover Magic Christmas 2019
Jubilee Apple Crumble Granola
Frosted Cinnamon Nut Mix
Chocolate Peanut Butter Fudge Bites
Di dalam bungkusan tersebut mengandungi tiga jenis perisa snek yang baru dan yang popular, sesuai untuk kamu berikan kepada yang tersayang sempena hari natal yang bakal menjelang tiba ini nanti.
Nak tahu apa yang membuatkan Wanista suka terhadap produk snek makanan harian daripada Amazin’ Graze ini, jom lihat di bawah!
Sesuai Dijadikan Hadiah Untuk Yang Teristimewa
Sesuai dengan kempen yang dijalankan oleh Amazin’ Graze iaitu “Say Thank You” dengan objektif menggalakan pelanggan membuat kebaikan dan menunjukan rasa berterima kasih kepada yang tersayang.
Dengan mempamerkan rasa sayang dan terima kasih kepada yang tersayang, Amazin’ Graze dapat merapatkan hubungan diantara kamu dan ahli keluarga, sahabat sandai dan jiran tetangga.
Rasa Snek Yang Lazat
Tambahan lagi, dengan hadiah snek makanan sebegini pasti sesiapa sahaja yang menerimanya akan berasa gembira! Siapa yang tidak suka snek bukan? Nak-nak snek berjenama yang sangat-sangat sedap dan lazat ini! Aumm.
Snek Yang Tinggi Nutrisi
Selain itu, snek yang kamu hadiahkan ini bukan sahaja sedap dan lazat. Malah ia juga mempunyai nutrisi yang bagus. Sambil dapat menjamu keenakan snek ia juga memberikan kebaikan nutrisi kepada tubuh badan. Wah, memang bagus betul ada snek macam ni.
Ilustrasi Bungkusan Yang Menarik Dan Cantik!
Wah, cantik betullah ilustrasi pada bungkusan snek Amazin’ Graze ni. Ilustrasi yang menggambarkan suasana hari natal yang indah dan penuh magikal ini membuatkan mata tidak berhenti berkedip!
Dengan warna-warna yang terang sesuai dengan ilustrasi yang dihasilkan pada bungkusan untuk dijadikan hadiah istimewa sempena hari natal hujung tahun ini nanti.
4 Jam Penghantaran Last-Minute!
Pada bulan Disember ini, Amazin’ Graze merancang untuk membuat empat jam penghantaran saat akhir bagi pembeli yang ingin menghantar hadiah kepada yang tersayang di sekitar Lembah Klang.
Perkhidmatan ini akan bermula pada 1 Disember sehingga 24 Disember 2019 menerusi laman web Amazin’ Graze. Jadi bagi pelanggan yang ingin mencari hadiah di saat-saat akhir, kamu mencari pelbagai produk yang terdapat di Amazin’ Graze.