Seorang ibu muda telah memberi amaran kepada wanita lain untuk elak prosedur pembedahan kosmetik murah selepas bibirnya rosak teruk dan meninggalkan parut kekal akibat suntikan lip filler.
Taksub dengan trend tersebut di media sosial, Siana O’Connor, 24, mula melakukan operasi lip filler yang berharga £70 sahaja.
Pengaruh Media Sosial
Ibu sepenuh masa itu berkata dia mula menyedari ramai kawannya, influencer dan selebriti melakukan prosedur lip filler. Disebabkan itu, dia rasa terpanggil untuk melakukannya juga.
“Saya tidak pernah terfikir untuk melakukannya, tetapi saya melihat orang ramai mula bercakap tentang lip filler dan saya rasa macam seronok dan teruja. Lagi pula saya insecure dengan bibir atas, saya rasa ia kelihatan kecil berbanding bibir bawah.
Menjadi Ketagih
Selepas kata putus diambil, seorang pakar kecantikan menawarkan prosedur lip filler murah kepada Siana.
“Saya melakukan lip filler pertama kali pada April 2016, sejak itu saya mula obses dan sering sahaja ‘top up’ untuk mendapatkan bibir yang betul-betul seksi.
“Saya menjadi ketagih selepas melihat hasil dan rasa ingin lebih lagi. Saya hanya melakukan prosedur lip filler murah sahaja, kos hanya menelan £70. Saya rasa sangat berbaloi.
Bibir Bergelembung Dan Bernanah
Selepas dia melahirkan anaknya, Levi, yang kini berumur 10 bulan, dia memutuskan untuk melakukan filler lagi. Tapi sayangnya, Siana mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena pada bibir.
“Saya merasakan bibir mula membengkak. Bibir saya menjadi teruk dan kelihatan berwarna putih, sampaikan bergelembung dan ada nanah. Ia sangat menyakitkan bila disentuh. Saya tidak dapat membuka mulut setiap kali makan,” jelasnya.
Pakar menjelaskan Siana mempunyai jangkitan pada bibir. Siana diberi antibiotik dan steroid dan terpaksa mengambil 10 hingga 12 pil yang berbeza setiap hari.
Bayangkan sepanjang tiga tahun, Siana telah menghabiskan sekitar £500 semata-mata kerana kemaruk dengan suntikan lip filler.
Dilaporkan sehingga ke hari ini, dia masih merasakan kesan menyakitkan dari prosedur yang salah dan murah itu.
Pengaruh media sosial sampai begini jadinya.