Siapa yang tidak mahu merasai bahagia bukan? Pastinya perasaan cinta yang terbuku ingin diluahkan kepada si pujangga hati dan berharap perasaan tersebut berbalas. Ya, itulah impian para wanita berharap perasaan yang diluahkan berbalas dan mencipta bahagia sehingga hari tua.
Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan Tuhanlah yang menentukan segalanya. Apabila perasaan yang diluahkan tidak berbalas, rasa kecewa mula menguasai diri dan mulalah keyakinan menjadi goyah serta merasakan diri menjadi lemah dek kerana terlalu sedih.
Wahai para wanita sekalian, jika cinta kamu telah di tolak itu tidak bermakna segalanya sudah berakhir buat diri kamu. Apa yang perlu kamu lakukan adalah memberi masa dan ruang untuk diri pulih dari kesedihan dan kekecewaan yang dialami.
Pernah dengar tak orang kata, “Do not let rejection get the best of you.” Cinta di tolak bukan bermakna kehidupan kamu telah musnah, ia adalah sebuah pengalaman untuk kamu bangkit dan menjadi lebih matang dalam soal perhubungan dan percintaan.
Ini Adalah Apa Yang Perlu Wanita Lakukan Apabila Kena Reject
#1 Meluahkan Perasaan Adalah Sesuatu Yang Perlu Kamu Banggakan
Meskipun perasaan cinta kamu di tolak, kamu tidak perlu berasa malu di atas tindakan yang kamu ambil tersebut. Sepatutnya kamu berasa bangga kerana berani mengambil langkah pertama dengan meluahkan isi hati kamu kepada si dia.
Perasaan berani yang kamu miliki itu merupakan yang terindah buat seorang wanita. Ini kerana kamu cuba mengejar kebahagian diri kamu sendiri. Oleh itu, jangan sesekali berasa malu pada diri kamu.
#2 Lihat Sudut Perspektif
Wahai bidadari dunia, kamu tidak perlu terlalu sedih apabila perasaan kamu tidak berbalas. Kamu perlu lihat rejection yang dialami dari sudut perspektif yang lain. Jika datang mana-mana jejaka dalam hidup kamu, nah ia akan menceriakan hari-hari kamu tetapi jika si jejaka tersebut keluar dari kehidupan kamu, dunia kamu tetap ceria dan hebat.
Insan yang datang dan pergi dari kehidupan kita memberikan pengajaran dan mengajar kita erti sebuah kehidupan dan saat-saat tersebut harus diabadikan dalam memori kamu. Lagi pula, jika dia adalah jodoh kamu walau jauh mana pun kamu berada, si dia pasti akan mencari kamu!
#3 Masa Akan Sembuhkan Luka Kamu
Perasaan yang di tolak pastinya membuatkan diri berasa tidak bermaya, semangat pula seolah-olah telah keluar dari jiwa dan merasakan hari-hari yang dilalui menjadi suram. Tetapi percayalah semua yang dirasai itu hanya sementara, perasaan terluka itu akan sembuh jua bersama dengan waktu. Jangan pernah putus asa kerana jodoh yang baik pastinya sedang menanti kamu!
#4 Sedar Bahawa Keserasian Itu Penting
Di dalam perhubungan, daya tarikan terhadap berlainan jantina dan keserasian adalah penting untuk perhubungan tersebut bertahan dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan di dalam perhubungan.
Tetapi jika pada garisan permulaan hubungan tidak berjaya itu bererti perasaan serta keserasian yang dimiliki tidak sesuai untuk bertahan. Jadi buat apa teruskan hubungan yang semakin goyah jika perasaan cinta itu sudah tiada? Lebih baik kamu cari insan yang serasi dan mempunyai perasaan yang mendalam kepada diri kamu.
#5 Bina Keyakinan Diri Semula
Kamu perlu bina semula keyakinan diri kamu dan bangkit dengan wajah serta perasaan baharu. Ingat banyak lagi perkara-perkara lain yang memerlukan perhatian diri kamu, wanita yang punya kecantikan dalaman dan berkeyakinan pasti dapat menakluki hati yang benar-benar ikhlas untuk memiliki kamu.
Jadi jangan kerana perasaan di tolak, kamu biarkan diri kamu menjadi suram. Ambil masa untuk diri kamu sendiri dan bina semula keyakinan diri. Dan yakinlah, diri kamu akan menemui insan yang benar-benar menerima diri kamu.
#6 Keluarga Dan Rakan-Rakan Sentiasa Bersama Kamu
Apabila bersendirian kamu akan cenderung untuk berfikir yang bukan-bukan, nah meski kamu perlu ruang untuk bangkit semula, kamu tidak perlu mengetepikan rakan-rakan atau ahli keluarga. Dalam situasi kamu yang kecewa seperti itu, kamu perlu di kelilingi dengan orang-orang yang dapat membantu kamu untuk bangkit.
Menerusi ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan akan membuatkan hari-hari kamu yang mendatang menjadi lebih ceria. Lagi pun dengan sokongan dan dorongan positif yang kamu terima dari orang-orang sekeliling akan mengembalikan senyuman di wajah kamu semula.
#7 Beranikan Diri Untuk Melangkah Kehadapan!
Pengalaman luka yang kamu miliki adalah sebuah pengalaman berharga dalam hidup kamu. Ia membuatkan kamu menjadi matang dan memandang aspek perhubungan dan percintaan adalah sesuatu yang perlu dilalui oleh setiap insan yang bernyawa.
Jadikan pengalaman yang kamu miliki untuk membuatkan kamu jadi berani dalam mengejar kebahagian diri. Kegagalan itu bukan satu halangan untuk mengecapi kebahagiaan, ianya adalah halangan yang perlu kamu atasi untuk temui destinasi yang betul.
Jadi wahai bidadari sekalian, pandang kehadapan dengan wajah dan perasaan baharu. Jangan mudah putus asa di dalam percintaan, pastinya jodoh kamu sedang menanti kamu. Siapa tahukan?
Percaya pada diri sendiri dan sayangi diri kamu sendiri, yakinlah rasa sakit yang dialami akan di ganti dengan kemanisan bahagia suatu hari nanti.