Review - Filem

Confirm Nangis! Ini Wanista Suka Selepas Tonton Filem Korea “Tune In For Love”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Confirm Nangis! Ini Wanista Suka Selepas Tonton Filem Korea “Tune In For Love”

Lain orang lain citarasa!

IKLAN

Tapi selepas menonton filem Korea “Tune In For Love” yang baru sahaja memasuki Netflix Malaysia, ternyata ia bikin Wanista jatuh cinta.

Sinopsis

Latar masa “Tune In For Love” bermula pada tahun 1994. Mi Soo (Kim Go Eun) bertemu dengan Hyun Woo (Jung Hae In) pada 1 Oktober pada tahun itu. Ia juga merupakan hari pertama penyanyi bernama Yoo Yeol menjadi DJ sebuah program radio yang dikenali sebagai Music Album.

Mi Soo sedang menjalankan bakeri pada masa itu apabila Hyun Woo memasuki kedai untuk mencari tauhu selepas dibebaskan dari pusat tahanan juvana. Akhirnya Hyun Woo diterima sebagai pekerja sambilan di bakeri tersebut dan mula berkenalan dengan Mi Soo.

Foto – Indonesia Times

Sampailah pada satu ketika semasa sedang bekerja, Hyun Woo bertemu dengan kenalan yang penuh misteri. Mereka kelihatan seperti budak liar, Hyun Woo menyertai mereka dan pergi dari situ. Dia tidak kembali dan tidak menghubungi Mi Soo selepas itu.

Tahun berlalu dan kedua-dua mereka bertemu lagi. Mereka menyambung semula dan akhirnya berkongsi lebih banyak detik bersama. Tetapi nasib seolah-olah tidak berada di pihak mereka, mereka berpisah lagi atas sebab tertentu. Adakah mereka akan bersama akhirnya atau tidak?

Trailer

Wanista Suka

Pertama kali menonton trailer filem ini, penulis sudah terasa teruja. Lagi pula dengan gabungan pelakon hebat Korea pada masa kini – Kim Go Eun dan Jung Hae In, kita seperti sudah dapat mengagak keserasian yang bakal meruntun jiwa. Kim Go Eun dan Jung Hae In bukanlah nama asing, mereka pernah disatukan dalam drama hebat Goblin, di mana Tae Hee (nama watak Hae In dalam Goblin) merupakan crush Eun Tak (Go Eun) sejak sekolah lagi.

Kim Go Eun kelihatan sangat cantik sepanjang filem. Penulis suka bagaimana ‘real’ memek muka Go Eun dalam setiap babak – dari wajahnya yang cemas, mata yang suram ketika dia langsung tidak semangat untuk bekerja atau saat gembira dan bahagia bila bersama kekasih hati. Penulis suka watak Go Eun yang sangat relatable, dia tidak kelihatan sempurna sepanjang masa. Melalui ekspresi dan penyampaiannya, anda dapat melihat diri anda sendiri.

Foto – Soompi

Jung Hae In tidak dapat disangkal lagi dengan bakatnya. Dia merupakan ‘boy-next-door’ idaman setiap gadis muda. Cara dia melontarkan vokal, renungan tajam sehingga membuatkan hati kita ikut sama bergelora, di samping senyuman manis bila bergurau. Hae In memang expert dan serius melakukan kerjanya!

IKLAN

Penulis rasa terkesan dengan sinematografi, muzik, plot cerita, dan juga fesyen classy yang ditonjolkan. Sinematografi yang sedikit gelap era awal 90-an, ditambah dedaunan kuning pada musim luruh, cherry blossom pada musim bunga, pemilihan wardrobe Mi Soo – bertukar dari floral dress, hawaii shirt ke printed tee, segalanya sangat cantik sekali. Ditambah pula lagu “Fix You” dari Coldplay yang dimainkan pada akhir cerita – mengingatkan pada zaman muda-mudi dahulu, nostalgia sangat.

Foto – Soompi

Memang jalan cerita “Tune In For Love” sangat ringkas tapi yang ringkas itulah ada manis dan memorinya. “Tune In For Love” filem wajib tonton jika genre romantik perlahan pilihan anda. Ia bukan hanya tentang cinta atau kepercayaan tetapi tentang kesabaran, kesetiaan dan harapan. Bertapa pentingnya kesabaran dalam suatu perhubungan nescaya kebahagiaan akan dikecapi jua. Mungkin ada merasakan ia filem ‘jiwang’ tapi yang pasti ia membawa anda melalui perjalanan emosi yang akan membuat anda menangis.

Wanista beri ⭐️⭐️⭐️⭐️ (empat bintang) untuk filem “Tune In For Love”!

Selamat Menonton!