Fesyen

Ketahui Lubuk Terbaik Untuk Beli Beg & Barangan Vintage Mewah Di Jepun!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Ketahui Lubuk Terbaik Untuk Beli Beg & Barangan Vintage Mewah Di Jepun!

Adakah penggemar dan pengumpul barangan vintage yang klasik tetapi pada masa yang sama produk tersebut menampilkan sentuhan yang elegan dan berstail. Nah jika ya, maka kamu harus melawati outlet-outlet yang bakal Wanista kongsikan di bawah.

IKLAN

Bagi peminat fesyen vintage pastinya tertawan dengan sentuhan antik dan klasik yang memberi simbol mengenai masa lalu atau lampau yang kemudiannya di abadikan menerusi penghasilan produk-produk fesyen yang semakin di gilai ramai oleh wanita di luar sana.

Foto – pngkey.com

Okay berbalik kepada barangan vintage ini, Wanista yakin pasti ramai wanita yang tertarik dengan beg tangan vintage yang semakin mendapat tempat di pasaran dunia. Rekaan beg yang elegan dengan sentuhan klasik vintage membuatkan beg tangan tersebut mempunyai elemen fesyen yang unik dan tersendiri.

Foto – styleinflux.com

Hari ini, Wanista ingin bawakan kamu semua menejelajah ke Jepun! Wah, jauh nun ke negara matahari terbit ini, kamu akan melihat pelbagai beg tangan dan barangan vintage yang mewah dan cantik-cantik yang terdapat di outlet-outlet vintage di Jepun. Tambahan lagi, harga yang di tawarkan juga berpatutan dan berbaloi untuk kamu miliki!

Komehyo

Komehyo terkenal sebagai syurga barangan vintage dari aksesori, baju sehinggalah ke beg tangan. Ke semua barangan yang di keluarkan oleh Komehyo ini menampilkan koleksi barangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Chanel, Gucci dan Balenciaga. Outlet Komehyo ini terletak di Tokyo, jadi jika kamu berjalan-jalan ke Tokyo jangan lupa singgah ke Komehyo tau!

IKLAN

Oh ya, Komehyo ini ada tiga outlet yang boleh kamu kunjungi di mana ia terletak di Shinjuku, Ginza dan Aoyama.

Don Quijote

Don Quijote bukan drugstore biasa kamu ini kerana di sini terdapat aneka rangkaian snek, produk penjagaan kecantikan serta pelbagai barangan mewah yang berjenama seperti Michael Kors, Kate Spade dan Prada di jual di dalam outlet Don Quijote ini.Barangan berjenama di outlet ini disahkan keasliannya dan memiliki sijil pengiktirafan tau.

Stor Don Quijote ini terletak di bandaraya Tokyo, jadi sambil-sambil kamu menikmati kesibukan kota Tokyo tu, singgah sebentar di Don Quijote ini.

Amore Vintage

Amore Vintage ini terletak di Shibuya, di mana sini terdapat pelbagai pilihan pakaian berinspirasikan daripada vintage tau. Selain itu, barangan aksesori dan beg-beg tangan yang mewah seperti jenama daripada Chanel, Hermes, Christian Dior dan Fendi memenuhi ruangkan koleksi beg tangan vintage di Amore Vintage ini. Jika kamu inginkan beg-beg tangan berjenama yang klasik dan harga berpatutan, nah kamu perlu kunjui Amore Vintage ini!

Vintage Qoo Tokyo

Vintage Qoo Tokyo terletak berdekatan dengan lorong ke Omotesando. Dekorasi dan warna dalaman kediaaman yang berwarna putih dan merah jambu memberikan aura feminin, sofistikated dan aura chic! Jika kamu berkunjung ke Jepun, singgah ke Osaka dan jelajah outlet ini. Pelbagai barangan vintage yang menarik terdapat di sini, malah harga barangan yang murah menjadikan ia salah satu stor yang di kunjungi ramai pelancong jika ke Jepun.

Daikokuya

Foto – travelvui.com

Nah, ini merupakan salah satu outlet yang terkenal dengan barangan mewah dengan pelbagai produk vintage di jual. Stor mewah ini merupakan salah satu stor yang tertua wujud di Jepun, ia mula dibangunkan pada tahun 1947 dan pelbagai barangan seperti batu permata, barang kemas, jam tangan dan pelbagai produk lain terdapat sini. Jika kamu ke Jepun jangan lepaskan peluang untuk singgah ke stor ini yang terletak di Shinjuku!

Flea Market Tokyo

Hah, jangan terkejut banyak barangan vintage dijual di flea market atau pasar lambak di Jepun ini. Kadangan kala, barangan vintage yang terbaik datangnya daripada pasar lambak ini tau. Jadi kamu harus berjalan-jalan ke sini dan lihat sendiri pelbagai barangan vintage yang hebat-hebat dengan harga yang mampu milik di sini.

Foto – thesimplyluxuriouslife.com

Dah hujung tahun ini, kamu mungkin boleh rancang percutian ke Jepun dan jelajah lubuk-lubuk stor vintage yang menjual barangan berjenama dengan harga yang berpatutan. Lagipun tak rugi kamu kunjungi port membeli-belah sebegini, mana tahu ada barang-barang vintage yang kamu berkenan di situ.

 

Rujukan: 1, 2, 3