Kecantikan

Kesuntukan Masa Nak Bersiap? Item Ini Wajib Ada Dalam Beg Tangan Kamu!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kesuntukan Masa Nak Bersiap? Item Ini Wajib Ada Dalam Beg Tangan Kamu!

Alamak, tak sempat nak bersiap pakai makeup dan berdandan, bas pula kejap lagi nak sampai dah. Nampak gaya tak dapat nak bertatariaslah pagi ni. Bila tak bersiap, mulalah mood diri rasa down dan tak bersemangat nak pergi kerja. Apakan daya dek kerana kesuntukan masa, jadi tidak dapatlah berdandan sepenuh jiwa!

IKLAN

Jika situasi sebegini berlaku kepada diri kamu, jangan terus berasa tidak bersemangat. Apa yang perlu kamu lakukan adalah bawa barang-barang asas untuk berdandan dan kamu boleh bertatarias walau di mana jua kamu berada tanpa mengira tempat.

Foto – Daily Mail

Lagi pun wanitakan punya kebolehan serba boleh, nak bersiap dalam kereta ke, dalam bas ke, dalam kereta api ke atau di dalam mana-mana pengangkutan awam sekalipun tidak menjadi masalah atau penghalang asalkan kamu bersedia!

#1 Berus Dan Makeup Sponge

Foto – carriefi.co.uk

Ini span makeup ini perlu ada di dalam tas tangan kamu untuk membantu kamu meratakan krim-krim dan bedak makeup di muka secara rata dan tidak bercapuk.

#2 Krim Foundation Dan Bedak

Foto – KashMate

Kamu mahu berdandan sepantas mungkin dan dalam masa yang sama kamu mahu kekal kelihatan cantik dan segar sepanjang hari? Nah, krim foundation dan bedak wajib ada tersimpan di dalam tas tangan kamu. Colekkan krim foundation pada muka kamu dan sapu rata dengan menggunakan makeup sponge. Setelah krim foundation kemas rata di muka, barulah kamu pakai bedak pada muka.

#3 Pensil Alis, Eyeliner Dan Maskara

Foto – Pinterest

Komponen produk tiga sekawan ini adalah item penting dan wajib ada di dalam tas tangan kamu bagi mendandan mata kamu agar kelihatan bermaya dan ‘hidup’. Meski kamu kesuntukan masa sekalipun, tiga item sekawan ini perlu ada dalam beg. Kamu boleh sambung berdandan apabila ke tandas sebelum masuk pejabat.

#4 Gincu

Foto -YouTube

Pastinya tidak lengkap berdandan jika tidak memakai gincu bukan? Kamu tak perlu bawa koleksi gincu-gincu kamu yang banyak, cukup dengan sebatang gincu dengan warna kegemaran kamu dan juga lip balm. Kedua-dua item ini sudah cukup sebagai penyelamat kamu. Tambahan lagi, dengan gincu juga kamu boleh gunakan sebagai pemerah pipi juga.

#5 Minyak Wangi

Foto – fragrancex.com

Dah selesai berdandan, nah ini adalah sentuhan terakhir kamu iaitu minyak wangi. Ya, minyak wangi. Kamu tak perlu bawa sebotol minyak wangi yang besar-besar, cukup dengan minyak wangi dalam botol bersaiz kecil. Minyak wangi yang kecil, ringan dan fleksibel tidak memakan ruang yang banyak di dalam tas tangan kamu.

Foto – weheartit.com

Kini isu kesuntukan masa untuk berdandan bukan lagi penghalang kamu! Dengan adanya item-item tatarias ini, semua masalah kamu akan hilang. Jadi pekkan barang-barang ini di dalam satu beg kecil dan simpan di dalam tas tangan kamu. 

IKLAN

Patutlah ada orang kata, dalam tas tangan wanita ni dah macam poket doreamon! Serba-serbi ada, betul tak?

 

Rujukan: 1, 2