Fesyen

G-Dragon Transform Kasut Nike AF 1 ‘Para-Noise’ Jadi Hasil Seni Yang Gempak!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
G-Dragon Transform Kasut Nike AF 1 ‘Para-Noise’ Jadi Hasil Seni Yang Gempak!

G-Dragon satu nama yang tidak asing lagi di seantero dunia, sebut saja namanya di mana-mana pasti terbayang imej raja K-Pop dengan bakat serba boleh ini. Nah, terbaru G-Dragon yang baru sahaja tamat dalam perkhidmatan ketenteraan telah berkolaborasi bersama jenama barangan sukan terkemuka dunia iaitu Nike.

IKLAN

Kolaborasi diantara G-Dragon dan Nike ini memperlihatkan hasil seni yang sangat kreatif yang dihasilkan oleh G-Dragon sendiri. Kasut ikonik Nike, Air Force 1 ini mula bertukar wajah baharu menerusi sentuhan tangan ajaib G-Dragon!

Foto – AllKpop

Rekaan kasut Nike Air Force 1 yang sememangnya memiliki reka bentuk yang dinamik bertukar menjadi lebih artistik menerusi sentuhan hasil seni yang dilakukan oleh G-Dragon. Pelbagai idea unik dan segar daripada G-Dragon dapat di lihat menerusi kasut Nike Air Force 1 “Para-Noise” ini.

Foto – Hype Beast

Rasanya pasti ramai peminat Nike dan G-Dragon tidak sabar-sabar untuk mendapatkan kasut sentuhan idea kreatif raja K-Pop yang gempak ini bukan!

Foto – Nike
Foto – Nike
Foto – Nike

Transformasi Nike Air Force 1 “Para-Noise” x G-Dragon PEACEMINUSONE!

Foto – koreastardaily.com
Foto – AllKpop
Foto – AllKpop

Kasut Nike Air Force 1 “Para-Noise” x G-Dragon PEACEMINUSONE ini akan mula berada di pasaran secara global pad 23 November 2019 ini nanti. Jadi VIP jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut ikonik ini pada hujung bulan ini nanti.

 

Rujukan: 1, 2

IKLAN