Lakme adalah jenama kosmetik tertua di India yang menawarkan alatan solek berkualiti pada harga yang berpatutan.
Malah, ia berada di kedudukan nombor satu dalam pasaran kosmetik di India sahaja. Sekutu kepada wanita klasik, jenama ini telah berkembang pesat, dan membawa kita mendalami rahsia kecantikan wanita India yang terlebih dahulu pakar dalam dunia solekan.
Sekiranya anda ingin mencari kosmetik pada harga berpatutan, anda boleh bergantung kepada Lakme dan percayalah anda tidak akan menyesal. Hebatnya jenama Lakme di India sampaikan diva Kareena Kapoor yang juga duta terpesona dengan setiap produk dikeluarkan Lakme.
Di sini kami senaraikan produk mekap Lakme yang terbaik, salah satunya merupakan kegemaran Kareena juga tau.
Lakme Eyeconic Kajal
Wanita India tidak dapat lari dengan mata yang besar dan galak. Lakme Eyeconic Kajal adalah produk celak mata terlaris di pasaran. Formula yang berpigmen memberi anda solekan mata tahan lama, kalis air dan langsung tidak sememeh. Pembungkusan twist-up pensil memudahkan pengguna untuk mengawal bila diaplikasi ke mata. Ia boleh didapati dalam enam warna – coklat klasik, hitam, coklat, turquoise, biru diraja, dan hijau.
Katanya Kareena menyukai eyeliner ini yang ringkas, mudah dan langsung tidak mencomotkan walau dipakai seharian.
Lakme Absolute Matte Melt Liquid Lip Color
Jika anda menyukai lipstick cecair, Matte Melt Liquid Lip Color memberikan anda kemasan matte ‘baldu’ yang cukup sempurna. Formula ringan bukan sahaja selesa bahkan langsung tidak membuatkan bibir kering, tidak seperti kebanyakan lipstick cecair matte yang menghampakan kita semua.
Lakme Perfecting Liquid Foundation
Antara produk tertua dan ikonik dari Lakme. Menariknya, pembungkusan juga tetap tidak berubah sejak bertahun-tahun. Walaupun bersifat cecair tetapi formula ini langsung tidak membuatkan wajah cakey, bahkan memberi litupan penuh dengan menutup spot, lingkaran gelap dan parut. Ia juga berfungsi dengan baik untuk memperbaiki kemerahan serta glowing pada wajah.
Lakme Absolute Skin Natural Mousse
Foundation ini mempunyai tekstur velvety yang mampu tahan sehingga 16 jam. Walaupun tekstur pekat tapi bila diaplikasi ternyata memberi kemasan yang ringan. Selain berkesan menyembunyikan liang pori dan meminimumkan penampilan garis halus, formula ini juga blend dengan baiknya. Ia adalah asas yang sangat baik untuk dipakai harian.
Lakme Kareena Kapoor Khan Absolute Pout Definer
Kareena Kapoor melahirkan koleksinya sendiri bersama Lakme. Dikenali dengan bibir tebal yang penuh, Kareena berkongsi rahsia bibirnya. Lakme Kareena Kapoor Khan Absolute Pout Definer adalah lipstick berkrim dan berkilauan, memberikan kemasan matte yang yang melembapkan dengan baik. Formula yang ringan memberikan pigmentasi dan menjadikannya sempurna. Gincu terasa selesa di bibir, tahan lama dan tidak meretakkan.
Kesemua koleksi Lakme boleh didapati di semua gedung Guardian seluruh Malaysia.
Jadi selepas ini bolehlah cuba mekap ala wanita India pula, Iyelah asyik mekap Korea je, cuba bertukar angin…
Selamat Beramal!