Hiburan

Jarang Berlakon, Aktres Lucy Liu Sekarang Jadi Pelukis Seni Erotik

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Jarang Berlakon, Aktres Lucy Liu Sekarang Jadi Pelukis Seni Erotik

Selain menjadi pelakon, pengarah dan duta hak asasi manusia, Lucy Liu juga seorang artis visual yang cukup berbakat, yang selama ini tidak ramai peminat mengetahuinya.

IKLAN

Seni Erotik 

Hal ini selepas seorang pengguna Twitter menemui karya seni Liu yang memfokuskan lukisan erotik penggambaraan dunia lesbian.

Dilaporkan, Lucy Liu telah terjebak dalam seni lukisan sejak di usia remaja lagi. Jika tidak terlibat dalam dunia lakonan, bintang 50 tahun ini menghabiskan masa di studionya.

Karya seni pertama Liu adalah gambar dan kolaj, yang mula dihasilkan pada tahun 1980-an. Selepas belajar seni di New York Studio School, dia beralih ke lukisan dan telah menunjukkan hasil kerja sejak pertengahan tahun 1990-an. Pada masa itu, dia menggunakan nama Cinanya, Yu Ling.

View this post on Instagram

Quality studio time @manacontemporary lucyliu.net

IKLAN

A post shared by Lucy Liu (@lucyliu) on

Lukisan Memberinya Kepuasan

Menurut Liu, lukisan membolehkan dirinya berekspresi tanpa menghiraukan dan memenuhi ekspektasi orang.

“Setiap orang mempunyai format yang berbeza untuk bagaimana mereka mahu mendedahkan apa yang mereka fikir, atau apa yang mereka lihat kepada penonton. Jadi, ini cara berfikir tentang apa yang saya mahu lihat, ” jelas Liu bila ditanya tentang pemilihan tema erotik lesbian.

Foto – Stephen Rumpf/Shutterstock

Harga Sekitar RM40K Ke Atas

Art dealer Liu, Daniel Chen memberitahu, setiap karya seni biasanya berharga antara $10,000 dan $50,000 untuk setiap satu lukisan.

Setiap karya dihasilkan di studionya Mana Contemporary yang terletak di Jersey City, NJ.

Foto – Stephen Rumpf/Shutterstock

RUJUKAN