Aplikasi hiburan yang sedia ada sekarang ini terlalu banyak untuk di hitung, apabila terlalu banyak aplikasi di pasaran pastinya ibubapa risau akan aplikasi yang digunakan oleh anak-anak bukan? Dengan pelbagai dedahan yang negatif boleh memberi mudarat dan kesan negatif ke atas anak-anak jika tidak di pantau secara rapi.
Nah, berbalik kepada aplikasi yang terdapat di pasaran pastinya aplikasi yang sedang hangat di kalangan generasi muda masa kini adalah aplikasi TikTok dan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan aplikasi tersebut. Tetapi soalnya, adakah aplikasi tersebut selamat untuk anak-anak kita semua gunakan?
Kenali Apa Itu TikTok
Aplikasi TikTok merupakan aplikasi menghasilkan video pendek, aplikasi TikTok ini boleh di buat,di tonton dan di kongsikan secara percuma. Penggunaan TikTok sangat popular di Malaysia. Fungsi aplikasi seperti Lipch Synching Dubsmash di mana pengguna boleh menonton dan merakam video muzik yang dilakukan secara lip-synching.
Oleh itu, tidak hairan mengapa aplikasi sebegini menjadi tumpuan anak-anak kerana perkongsian video lagu yang ringkas dan lucu menjadi perhatian mereka. Malah ramai artis tempatan juga menggunakan aplikasi ini dan menjadi ikutan ramai oleh generasi muda di Malaysia.
Selamat Ke Guna TikTok Ke Atas Kanak-Kanak
TikTok membenarkan penggunanya berhubung dengan pengguna akaun yang lain dan kandungannya juga tidak dapat di tapis oleh ibubapa, jadi adakah aplikasi sebegini benar-benar selamat untuk digunakan oleh Kanak-kanak.
TikTok merupakan pentas yang menggalakan persembahan yang mana ia mudah menarik individu yang tidak sepatutnya terhadap anak-anak dan anak-anak akan hanyut dengan hiburan serta ucapan atau kata-kata perangsang yang membuatkan anak-anak berasa istimewa.
Apa yang boleh para ibubapa boleh lakukan adalah, kamu bisa mengunci akaun yang tidak diingini. Tetapi masalah asalnya tetap wujud iaitu kandungan video pendek yang pelbagai, terdapat di dalam aplikasi tersebut tidak boleh disekat.
Dan anak-anak mungkin menghasilkan kembali video-video yang bergenre seperti keganasan, seksual, atau mana-mana genre yang dilihat di laman akaun mereka. Oleh itu, ibubapa perlu terapkan peraturan yang sesuai dan tegas ke atas anak-anak serta tahu apa yang anak-anak sering fikirkan. Beri nasihat dan pimpinan kepada anak-anak agar mereka tidak terlalu taksub.
Umur Yang Disyorkan Untuk Guna Aplikasi TikTok
Aplikasi TikTok ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 13 tahun dan ke atas. Dari segi pandangan awam, aplikasi sebegini seharusnya meletakkan had umur pengguna pada 16 tahun dan ke atas. Tetapi dek kerana faktor peribadi, syarikat yang menghasilkan aplikasi ini membenarkan pengguna yang berusia 13 tahun menggunakan akaun TipTok.
TikTok Tawar Kaedah Fungsi Keselamatan?
TikTok mengumumkan bahawa syarikat mereka bekerjasama bersama Family Online Safety Institute (FOSI). Menerusi FOSI, ia berfungsi untuk menggalakan para ibubapa untuk berkongsi pengalaman dalam talian secara positif dan berkomunikasi bersama anak-anak tentang aktiviti harian mereka menerusi dalam talian.
Tips Pantau Keselamatan Anak-Anak Yang Menggunakan Aplikasi TikTok
#1 Tukar Mod Kepada Kawalan Ibubapa
Meskipun aplikasi TikTok membenarkan pengguna yang berusia 13 tahun menggunakan aplikasi tersebut, tetapi para ibubapa boleh mengawal (device-based parental control) yang ditawarkan oleh Google dan Apple bagi menghalang penggunaan aplikasi di telefon anak-anak yang berusia bawah 12 tahun.
#2 Setkan Akaun TikTok Anak Kepada Peribadi
Apabila membuka akaun TikTok, akaun tersebut akan bermula sebagai akaun awam (public), oleh itu ibubapa harus menukar di bahagian setting TikTok dan menjadikan akaun tersebut kepada akaun peribadi.
#3 Hadkan Kandungan Yang Boleh Di Lihat
Jika anak-anak menjumpai kandungan video yang tidak sesuai untuk di tonton, mereka boleh menekan video tersebut dalam dua atau tiga saat dan tekan ‘Not Interested’. Lagi satu, ibubapa juga boleh menukarkan setting TikTok menjadi Restricted Mode bagi mengehadkan pengeluaran kandungan video yang tidak sepatutnya.
#4 Kawal Bahagian Komen
Bagi mengelakkan komen-komen negatif yang boleh menimbulkan jenayah buli siber, kawalan bahagian komen aplikasi TikTok yang boleh ditutup atau dibuka ini akan membantu anak-anak untuk tidak terjebak dengan komen-komen negatif pada akaun mereka sendiri kerana kamu telah menutup fungsi komen pada akaun kamu.
Sebenarnya para ibubapa tidak seharusnya memandang ringan tentang mana-mana aplikasi yang anak-anak gunakan. Ibubapa harus pantau dan selia penggunaan aplikasi yang anak-anak gunakan agar mereka tidak terjebak dengan mana-mana unsur negatif yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.