Cinta & Perhubungan

Kenapa Lelaki Kulit Gelap ‘Sawo Matang’ Lebih Seksi Berbanding Yang Cerah Ala Oppa?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kenapa Lelaki Kulit Gelap ‘Sawo Matang’ Lebih Seksi Berbanding Yang Cerah Ala Oppa?

Wow, handsome betullah oppa-oppa dari Korea ni. Sudahlah putih, wajah pula licin berseri memang bikin hati wanita cair tengok! Eh, habis lelaki yang memiliki warna kulit gelap seperti sawo matang tak handsome ke bagi wanita?

IKLAN

Wanista yakin bukan semua wanita pandang pada jejaka yang mempunyai kulit warna yang cerah sahaja. Ada juga wanita yang lebih sukakan lelaki yang berkulit gelap seperti sawo matang gitu kerana merasakan warna kulit sawo matang ini memberikan aura serta penampilan yang seksi! Eh..

Nah, berikut adalah pandangan wanita tentang lelaki yang memiliki kulit berwarna sawo matang ini.

#1 Nampak Lebih Maskulin

Foto – thestar.com.my

Lelaki berkulit gelap atau hitam manis ini kelihatan lebih maskulin berbanding lelaki berkulit cerah atau putih. Jadi jangan hairan apabila ada wanita yang pandang lelaki lebih dari sekali, ini mungkin mereka tertawan melihat aura maskulin si jejaka berkulit sawo matang ini!

#2 Miliki Keyakinan Diri Yang Tinggi

Foto – mStar

Oh ya, tahu tak lelaki berkulit sawo matang ini juga memiliki daya keyakinan diri yang sangat tinggi tau. Sebab tu mereka tidak berasa taksub ingin memutihkan kulit mereka dengan pelbagai produk pemutih kulit yang terdapat di pasaran tempatan.

#3 Warna Gelap Kelihatan Awet Muda

Foto – pinterest.co.uk

Awet muda? Percaya atau tidak, lelaki berkulit sawo matang ini sebenarnya kelihatan awet muda tau berbanding lelaki berkulit cerah. Wah, beruntung betul lelaki berkulit hitam manis ni sebab akan sentiasa tampak muda je!

#4 Eh, Ahli Sukan?

Hah, ramai yang menyangka lelaki yang memiliki kulit hitam manis adalah ahli sukan dek kerana warna kulit mereka yang kelihatan gelap. Tapi betul ke ni? Opss..

#5 Lelaki Berkulit Sawo Matang Miliki Bakat Seni

Foto – Jom Edutainment

Wah-wah, katanya lelaki bersawo matang atau hitam manis ini memiliki bakat seni, betul ke tu? Jika di lihat artis tempatan kita, ya ramai artis lelaki yang berkulit sawo matang ini memiliki bakat seni contohnya, Beto Kusyairy, Remy ishak, Fendy Bakri, Sharnaaz Ahmad, Zizan Razak, Johan Asri, Azrel Ismail dan ramai lagi!

#6 Punya Kulit Lebih Licin

Tahu tak sebenarnya lelaki berkulit hitam manis ini memiliki kulit yang licin! Ya, jangan ingat lelaki yang berkulit cerah je punya kulit licin, tetapi kulit warna hitam manis juga memiliki kulit yang licin.

IKLAN

#7 Hitam Manis Itu Macho!

Foto – temanbisnisapp.com

Orang berkulit hitam manis ini nampak macho dan berani di mata wanita dan ianya menjadi daya tarikan serta mampu memberi rasa selamat sebagai pelindung wanita.

#8 Punya Aura Lelaki Yang Tersendiri

Foto – RotiKaya

Lelaki berkulit hitam manis atau sawo matang ini mempunyai aura kelakian mereka yang tersendiri tau. Dan aura tersebutlah yang menarik jiwa wanita untuk jatuh cinta. Hah, gitu!

#9 Lelaki Berkulit Sawo Matang Seksi!

Foto – Maskulin

Warna hitam manis atau sawo matang dianggap warna yang seksi di mata wanita dan lelaki sebegini tampak lebih matang serta tak nampak jambu sangat.

Secara konklusinya, apa pun warna kulit yang kamu miliki hargainya dan yakinlah terhadap diri sendiri kerana setiap manusia punya kelebihan dan keistimewaan masing-masing!

 

Rujukan: 1, 2, 3