Tips - Kesihatan

Dulu Besar Sekarang Kecil, Ini Yang Princess Eugenie Lakukan Setiap Pagi

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Dulu Besar Sekarang Kecil, Ini Yang Princess Eugenie Lakukan Setiap Pagi

Masih terngiang mengingatkan tiara perkahwinan yang dipakai Princess Eugenie sewaktu resepsi perkahwinanya tahun lepas. Tiara yang dihiasi batu permata nilam dan ia dipanggil Greville Emerald Kokoshnik Tiara itu dilaporkan sudah berusia 99 tahun.

IKLAN

Lihat di sini – Tiara Perkahwinan Yang Dipakai Princess Eugenie Sudah Berusia 99 Tahun!

Tapi bukan itu yang penulis ingin kongsikan tapi perubahan fizikal Princess Eugenie yang banyak diperkatakan rakyat.

Foto – www.express.co.uk

Princess Eugenie, 29, adalah anak perempuan Sarah Ferguson, 60, dan Putera Andrew, 59, dia nampaknya telah kurus dalam beberapa tahun kebelakangan ini, agaknya apa yang dilakukan untuk perubahan drastik?

Walaupun tidak diketahui dengan terperincin punca sebenar Eugenie kehilangan berat badan drastik, tapi yang pasti dia sangat disiplin mengikuti diet dan rutin kecergasan.

Bercakap pada 2016, Eugenie menjelaskan betapa pentingnya latihan kecergasan dan mendedahkan apa yang dia suka lakukan untuk kekal dalam bentuk.

Foto – Arkib Wanista

Latihan Kecergasan Di Pagi Hari

“Saya bangun sekitar 6.45 setiap pagi untuk memulakan latihan jam 7. Saya pergi ke taman dari 7 hingga 8. Saya lakukan circuits – saya suka kerana ia cepat – burpees, squat jumps, lunges, keseluruhannya,” jelasnya pada Harper Bazaar.

Menurut Eugenie, dia lebih gemarkan latihan intensiti pantas yang cepat berbanding berlari.

Latihan Litar (Circuit)

Program latihan litar terdapat satu siri stesen seperti push up, sit up, jumping jacks, burpes, plank dan lain-lain. Sesetengah orang melakukan latihan litar menggunakan peralatan hidraulik, mesin, dan berat tubuh masing-masing dengan setiap stesen antara 15 saat hingga 3 minit untuk mengekalkan prestasi otot maksimum.

IKLAN
Foto – www.ozprofitness.co.uk

Laporan World Academy of Science, Engineering and Technology dalam jurnal International Journal of Sport and Health Science menjelaskan bahwa circuit training merupakan suatu latihan yang paling efisyen dalam segi maktu untuk bisa meningkatkan kesehatan kardiovaskular dan juga daya tahan otot. Penelitian tersebut menunjukan bahwa circuit training mampu meningkatkan kekuatan otot, kelincahan, dan daya tahan kardiovaskular para subjek.

Manfaat Latihan Litar

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa latihan litar dapat memberikan manfaat dalam bentuk:

  • Melatih kekuatan jantung dan boleh mengurangkan tekanan darah
  • Melatih seluruh anggota badan
  • Meningkatkan kekuatan, stamina, ketangkasan dan ketahanan otot
  • Masa latihan yang lebih cepat
  • Boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
  • Membantu menurunkan berat badan

Pelatih peribadi Eugenie menjelaskan Eugenie hanya mengambil makanan yang sihat – terdiri daripada raw food (sayur dan buah) dan memberi tumpuan kepada latihan luaran dan latihan litar sahaja.

Untuk pengetahuan anda, aktres tempatan Fazura juga mengamalkan latihan litar. Padanya latihan litar membuatkan tubuhnya ringan dan mendapatkan berat badan ideal di samping untuk kekal sihat dan cergas.

RUJUKAN : 12