Dekorasi

Umpama Syurga Khazanah – Wanista Jatuh Cinta Dengan Kraf Artisan Dari A Day

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Umpama Syurga Khazanah – Wanista Jatuh Cinta Dengan Kraf Artisan Dari A Day

Seni kraf daripada tangan artisan sememangnya membuatkan pencinta kraftangan terpukau dengan hasil seni yang dihasilkan. A Day merupakan nama konsep stor yang menceritakan perjalanan artisan menghasilkan kraftangan yang penuh ketelitian bagi membentukkan sebuah hasil produk yang cukup unik dan menarik.

IKLAN

Pelbagai produk barangan yang dihasilkan oleh para artisan boleh didapati di stor A Day yang terletak di Intermark Mall Kuala Lumpur ini. Suasana dalaman kedai yang luas, warna dinding yang lembut serta pencahayaan yang sesuai, membuatkan suasana dalaman kedai A Day menjadi nyaman dan tenang.

Foto – eatdrinkkl.blogspot.com

A Day一日商号- Malaysia 1st Artisan Department Store will be having a Grand Opening Ceremony tomorrow at Atrium Intermark…

Posted by A DAY 一日 on Tuesday, November 5, 2019

Ketelitian Dan Kasih Sayang Di Sebalik Penghasilan Produk

Foto – Arkib Wanista

Melihat ke semua produk yang di hasilkan oleh para artisan ini membuatkan wanista seolah-olah melihat khazanah di muzium! Perasaan melihat pelbagai produk seperti kain batik digunakan bagi menghasilkan beg tangan wanita yang klasik dan elegan membuka mata wanista betapa indah dan kreatifnya produk yang dihasilkan oleh para artisan.

Foto – Arkib Wanista

Selain beg tangan, baju kemeja lelaki dan dompet wanita juga dihasilkan dengan menggunakan kain batik dengan pemilihan corak serta warna kain batik yang bercitarasa tinggi dan elegan.

Kreativiti Tanpa Sempadan

Foto – Arkib Wanista

Sebagai seorang manusia pastinya ilham yang datang bertalu-talu di minda pastinya tiada had limit dan apabila ilham atau idea yang datang dihasilkan secara realiti impak pada produk tersebut jelas tergambar betapa hebat dan uniknya kreativiti sang artisan dalam menghasilkan produk yang berseni dan bersesuaian dengan citarasa masyarakat.

Foto – Arkib Wanista

Setiap produk yang dihasilkan mempunyai cerita yang tersendiri, sentuhan penuh jiwa ini dapat dilihat menerusi ketelitian dan sentuhan kreatif yang dipamerkan oleh para artisan di A Day ini.

IKLAN

Khazah Berharga Dari Artisan Untuk Anda

Foto – Arkib Wanista

Dek terlalu leka dan asyik melihat barangan yang terdapat di stor A Day ini, Wanista dapat melihat ramai yang mengunjungi stor A Day ini rata-rata meluahkan rasa kagum terhadap hasil seni yang dipamerkan dan ada yang tidak sampai lima minit melihat barang tersebut, terus dibawa ke kaunter pembayaran!

Foto – Arkib Wanista

Begitu hebatnya penangan karya kraf yang dihasilkan oleh para artisan A Day ni. Pelbagai produk barangan dari set aksesori, pakaian, beg tangan, batu permata, aneka teh kesihatan, jam seramik, lukisan abstrak, dan pelbagai produk lain di stor A Day ini telah di serbu oleh pelanggan yang datang berkunjung!

Sebuah Karya Asli Buat Pencinta Koleksi Seni

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang mempunyai hobi mengumpul hasil seni barangan artisan, maka di A Day adalah destinasi yang wajib anda kunjungi. Baik dari segi material atau bahan, teknik penghasilan kraf, pemilihan tekstil yang berkualiti, idea original dan kepakaran artisan yang berbakat akan membuatkan anda jatuh cinta terhadap koleksi barangan yang ada di A Day.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke A Day dan lihat sendiri koleksi-koleksi produk-produk yang terdapat di dalam stor A Day. Serta dapatkan diskaun untuk produk-produk terpilih!

Outlet: A Day

Alamat: Unit G-07, Intermark Mall, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

Sosial media: Facebook, Instagram