Hiburan

CL Dilaporkan Keluar Dari YG Entertainment?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
CL Dilaporkan Keluar Dari YG Entertainment?

CL dikatakan bakal meninggalkan syarikat YG Entertainment? Spekulasi ini timbul apabila laporan eksklusif daripada Sport Today keluar baru-baru ini. Menurut laporan tersebut, di dakwa perbincangan diantara CL dan agensi syarikat mengenai pembaharuan kontraknya tidak berberjalan lancar.

IKLAN

CL yang mula debut sebagai anggota kumpulan idol Korea popular iaitu 2NE1 pada tahun 2009, di bawah naungan syarikat hiburan terkemuka YG Entertainment. Setelah 8 tahun berkecimpung di dalam industri hiburan, akhirnya kumpulan idol popular ini dibubarkan pada tahun 2016.

Foto – AllKpop

Kemudian CL memperbaharui kontraknya dan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo di bawah naungan syarikat yang sama YG Entertainment. Sejurus pemberbaharui kontraknya, CL mengeluarkan muzik solonya dan membuat promosi di United States.

Tetapi selepas itu, CL tidak lagi mengeluarkan muzik baru setelah dua tahun penyepi. Lagu terakhir yang dikeluarkan adalah lagu 2NE1 “Goodbye” yang di keluarkan pada Januari 2017.

Foto – KpopScene

Buat masa ini, aktiviti yang CL lakukan adalah program untuk televisyen adalah JTBC bagi program “MIXNINE” dan tvN bagi program “Livin the Double Life”.

Berikutan dari laporan yang keluar, pihak syarikat YG Entertainment memberi maklum balas bahawa mereka masih lagi membincangkan isu pembaharuan kontrak bersama CL.

Mungkinkah CL bakal membuat keputusan untuk keluar dari syarikat YG Entertainment dan mulakan kerjayanya di bawah naungan syarikat hiburan yang lain? Tiada siapa yang tahu, sama-sama kita semua nantikannya.

Rujukan: 1, 2

IKLAN