Dekorasi

Tahu Tak 9 Barang Ni, Tak Patut Ada Dalam Bilik Air Kamu!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Tahu Tak 9 Barang Ni, Tak Patut Ada Dalam Bilik Air Kamu!

Terus terang sebenarnya banyak habit-habit yang kita rasakan ianya betul bagi diri sebenarnya adalah tidak bagus untuk dilakukan. Contohnya di bilik air, pasti pelbagai barangan yang tidak sepatutnya ada di dalam bilik air kamu letak. Tetapi barang-barang yang bagaimana sebenarnya tidak patut diletakkan di dalam bilik?

IKLAN

Ikuti Wanista dalam menyelongkar barang-barang yang tidak patut ada di dalam bilik air kamu!

#1 Makeup

Foto – The Healthy

Bersolek di bilik air bukan satu perkara yang pelik bagi wanita, ia telah menjadi satu kebiasaan jadi tidak hairan mengapa kebanyakan wanita menyimpan barang-barang solek di bilik air kerana telah terbiasa bersiap di dalam bilik air berbanding di bilik tidur.

Menyimpan alat solek di dalam bilik air adalah tidak bagus ini kerana kondisi di dalam bilik air yang lembap menggalakkan pembiakan bakteria pada alat solek. Oleh itu, perbuatan menyimpan alat solek di dalam bilik air harus di ubah dengan segera bagi mengelakkan alat solek dijangkiti kuman dan menjadi cepat rosak.

#2 Minyak Wangi

Foto – Pinterest

Nah, kalau dah alat solek pun ada di dalam bilik air, tak mustahil minyak pun ada sebagai penemankan? Tahu tak, meletakkan minyak wangi di dalam bilik air adalah sangat-sangat tidak bagus, ini kerana minyak wangi tidak sesuai diletakkan di dalam ruang yang lembap seperti bilik air kerana mampu merosakkan aroma minyak wangi tersebut.

#3 Kondom

Foto – Greatist

Opss, ada yang menyimpan kondom di dalam bilik air? Nah, ini maklumat penting untuk kamu, meletakkan kondom di dalam bilik air yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi akan merosakkan kondom dan sekaligus menjejaskan kesihatan kamu jika menggunakannya! Jadi lebih baik simpan kondom ni dalam laci meja tidur lebih baik dan mudah cari apabila nak guna.

#4 Ubat-Ubatan

Foto – The Mirror

Tahulah di bilik air kamu ada kabinet atau rak yang boleh kamu simpan barang-barang termasuklah ubat-ubatan! Tahu tak menyimpan ubat-ubatan di dalam bilik air yang lembap dan berbakteria seperti itu akan memudaratkan diri kamu sendiri jika kamu makan ubat yang di simpan di dalam bilik air. Ubat-ubatan harus di simpan di tempat yang kering dan bukannya di tempat yang lembap seperti bilik air.

#5 Tuala

Foto – Homedit

Okay yang ni biasa sangat kita lihat, tuala di simpan di bilik air. Baik bilik air di rumah mahupun di hotel-hotel, tuala sering di simpan dan diletakkan di dalam bilik air. Sebenarnya tuala tidak sesuai diletakkan di dalam bilik air kerana ia akan menyebabkan pembiakan kulat dan bakteria pada tuala.

Jika kamu lihat terdapat tompokan hitam yang di sangka tahi lalat pada tuala, itu bermakna tuala kamu telah tercemar dengan kulat atau lumut.

IKLAN

#6 Barang Kemas / Aksesori

Foto – Showpo

Tolonglah jangan letak atau simpan barang kemas atau aksesori di dalam bilik air! Tahu tak tahap kelembapan yang tinggi di dalam bilik air tu akan mempercepatkan proses pengoksidaan pada permukaan besi barang kemas kamu. Jadi barang kemas akan menjadi karat dengan cepat dan rosak. Jadi jangan sesekali letak atau simpan barang kemas atau aksesori di situ.

#7 Pengilat Kuku

Foto – thehealthy.com

Rata-rata ramai yang gemar meletakkan pengilat kuku di bilik air untuk memudahkan diri untuk menggunakannya selepas mandi. Kamu pastinya sedia maklum bahawa pengilat kuku mempunyai tarikh luput bukan?

Tahu tak apabila kamu meletakkan pengilat kuku di bilik air, kondisi yang terdapat di dalam bilik air tersebut akan mempercepatkan tarikh luput pengilat kuku kamu. Baik simpan pengilat kuku tersebut di tempat yang kering seperti di dalam bilik tidur.

#8 Pencukur

Foto – kickstarter.com

Satu lagi item yang biasa kita simpan atau letak di bilik air adalah pencukur. Tahu tak pencukur akan jadi mudah berkarat jika kamu simpan di dalam bilik air. Sebaik-baiknya, simpan pencukur di tempat yang kering bagi mengelakkan pisau cukur menjadi tumpul dan berkarat.

#9 Barangan Elektronik

Foto – tlbox.com

Apa lagi yang kamu sering letak di bilik air selain daripada alat solek, pewangi, tuala? Tidak sah rasanya kalau di bilik air tidak menyimpan seterika rambut, radio dan pengering rambut bukan. Barang-barang elektronik seperti ini tidak sesuai di simpan di bilik air, dan produk-produk ini bukannya kalis air pun!

Jadi jangan membahayakan nyawa kamu dengan menyimpan dan menggunakan barang-barang elektrik di bilik air. Sebaiknya gunakan barang-barang tersebut di bilik tidur kamu.

Jadi di harap kamu peka dan tahu barang-barang yang mana tidak patut diletakkan di bilik air dan ubah habit kamu agar tidak meletakkan barang-barang tersebut di bilik air. Di harap maklumat yang Wanista kongsikan hari ini memberi manfaat buat kamu semua!

 

Rujukan: 1, 2, 3, 4,