Tips - Fesyen

Suntik 5 Elemen Agar Fesyen Skirt Plaid Korang Tak Nampak Bosan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Suntik 5 Elemen Agar Fesyen Skirt Plaid Korang Tak Nampak Bosan

Corak kotak yang pada dasarnya diperkenalkan untuk pakaian seragam sekolah kini menarik tumpuan penggemar fesyen. 

IKLAN

Plaid adalah corak dengan garis mendatar dan menegak direka bukan hanya pada skirt untuk wanita, malah direka bentuk untuk poket, baju lelaki, seluar, dan sebagainya. Tanpa mengubah struktur dasar, banyak gaya dan corak yang berbeza direka dengan menukar warna, corak garis dan corak skirt.

Plaid sangat fleksibel dan fashionable – bergantung kepada gaya, anda boleh padankan plaid dengan sneakers untuk tampil cool, tumit tinggi atau boots untuk ke acara makan malam, mungkin sekadar flats untuk gaya harian.

Nah Wanista kongsikan 5 cara agar fesyen skirt plaid anda nampak bergaya.

Padankan Dengan Blazer

Cari set skirt plaid bersama blazer. Ia memberi elemen bergaya dan chic ke dalam penampilan.

Foto – Pinterest

Aksesori Yang Bold

Aksesori yang besar dengan rekaan yang berani dan terang tidak akan pernah salah. Ini membuatkan gaya anda nampak lagi ceria dan fun.

Foto – Pinterest

Hitam Helaian Klasik Sepanjang Zaman

Hitam merupakan item fesyen sepanjang zaman yang mesti ada dalam wardrobe anda. Anda boleh menyarung pada bila-bila musim sahaja tanpa rasa sangsi. Nak padankan dengan skirt plaid, cuba cari blouse, t-shirt polos, kemeja berkolar – you can’t never go wrong with black!

Foto – Pinterest

Berani Campur Aduk Cetakan

Plaid adalah corak yang menarik, tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh menambah cetakan lain ke dalam pakaian anda.

Foto – Style

Sneakers Paling Cool

Untuk ensemble yang lebih kasual memaparkan skirt plaid, pilih sepasang sneakers yang paling cool berwarna-warni.

IKLAN
Foto – Pinterest

Menarikkan? Tips Wanista, cuba eksperimen dalam berfesyen agar penampilan tidak bosan dan ‘mati’.

Selamat Beramal!