Thermomix TM6 merupakan mesin memasak yang berkonsepkan tentang gaya masakan untuk makanan yang bersih dan sihat, rendah kalori, diet yang seimbang dengan menggunakan Thermomix TM6. Penghasilan makanan yang sihat adalah bermula dengan penggunaan barangan memasak yang sesuai dan kena dengan gaya masakan sihat yang ingin di masak di dapur.
Kini tugas memasak di dapur akan menjadi licin dengan bantuan Thermomix TM6 di mana para wanita memasak dengan mudah dengan menggunakan produk berteknologi tinggi ini di rumah. Dengan Thermomix TM6 ini, wanita dapat menggunakan pelbagai fungsi masakan seperti menggoreng, masakan stim, bercampur dan sebagainya dapat dilakukan secara serentak.
Fungsi Masakan 20 Dalam 1
Alat memasak ini mempunyai fungsi 20 dalam 1 di mana sekaligus menjadikan Thermomix TM6 sebagai pembantu dapur yang sempurna baik bagi yang wanita yang gemar memasak ataupun yang ingin belajar memasak buat pertama kali! Jadi dengan mengunakan alat ini, tugas anda di dapur akan lebih mudah tanpa perlu risau tidak cukup kaki tangan.
Fungsi Memasak Thermomix TM6:
- Menggaul
- Stim
- Mengacau
- Timbang berat
- Mengadun
- Mereneh
- Mengisar
- Kaedah enjut
- Mengemulsi
- Menguli
- Memasak
- Memotong
- Setting memasak pada suhu tinggi untuk memasak ikan, daging, ayam dan sebaginya
- Teknik masakan secara perlahan/lambat
- Fungsi sous vide untuk lembutkan daging, ikan, sayur dan buah-buahan
- Fungsi penapaian
- Pra-pembersih
- Cerek
- Teknik mengacum secara automatik
Panduan Memasak Yang Mudah Diikuti
Tidak sah jika mesin memasak yang berteknologi tinggi tidak mempunyai buku panduan memasak bagi yang membeli Thermomix TM6 ini. Buku panduan memasak yang disertakan dapat membantu wanita untuk menggunakan mesin memasak ini dengan lebih mudah. Malah panduan serta langkah-langkahnya juga mudah diikuti dan di fahami dengan arahan yang jelas yang terteran di skrin akan membantu menyenangkan tugas memasak di dapur!
Jamin Selamat Untuk Digunakan
Bagi wanita aspek keselamatan amat penting terutamanya di dapur di mana segala kerja-kerja memasak dilakukan dengan pernuh teliti dan berhati-hati. Thermomix TM6 ini memiliki sistem penguncian secara automatik mengikut kelajuan pisau yang di pilih dan pengguna akan mendapati arahan amaran berdasarkan warna yang dipamerkan pada skrin mesin. Jadi para wanita tidak perlu risau kerana mesin ini di jamin selamat untuk digunakan!
6 Aksesori Menjadi Milik Anda
Setiap pembelian barangan elektronik memasak yang bermutu tinggi pastinya ditemani oleh aksesori tambahan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli produk tersebut. Begitu juga dengan Thermomix TM6 ini, pelanggan akan memiliki enam aksesori yang sangat-sangat berguna untuk memasak seperti:
- Varoma – Mempunyai kapasiti 3.31 untuk digunakan bagi memasak kaedah stim
- Butterfly – Digunakan untuk mengadun
- Lid – Merupakan mangkuk berpenutup bersama cawan penyukat di dalam
- Cawan Penyukat – Memudahkan untuk menyukat dan kurang bunyi, saiz yang sepadan pada penutup tersebut
- Spatula – Senduk yang lembut dan fleksibel
- Basket – Memudahkan urusan mereneh
Jenama Terkemuka Dengan Anugerah Hebat
Biasanya produk-produk elektronik yang dihasilkan untuk masakan pastinya menarik perhatian ramai pengguna dan Thermomix TM6 sendiri telah dipercayai serta diyakini akan keberkesanan produk masakannya sehingga mendapat anugerah Cookidoo dengan menawarkan perkongsian resepi platform Cookidoo secara global dan resepi tersebut terdapat di dalam Thermomix TM6.
Jadi tidak hairanlah semakin ramai wanita menggunakan Thermomix TM6 sebagai pembantu setia mereka di dapur. Thermomix TM6 ini dijual pada harga RM7,188 dan boleh didapati di cawangan Thermomix Malaysia. Manakala bagi yang ingin membeli secara pra-pesanan, Thermomix TM6 akan dijual pada harga RM6,888.
Layari laman web Thermomix untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini.