Cinta & Perhubungan

7 Cara Bagaimana “Phone Sex” Beri Kepuasan Pada Perhubungan Jarak Jauh

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
7 Cara Bagaimana “Phone Sex” Beri Kepuasan Pada Perhubungan Jarak Jauh

Tolong jangan rasa canggung dengan tajuk di atas. Jika anda sedang melalui perhubungan jarak jauh, mungkin cara ini boleh dipraktik. – Hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja!

IKLAN

Berada dalam hubungan jarak jauh atau jauh dari pasangan boleh manjadi sukar. Syukurlah, kita mempunyai telefon dan komputer untuk membantu saling berhubungan dengan orang yang tersayang. Kebanyakan orang memberitahu bahawa sexting sangat diperlukan jika ingin menjaga hubungan supaya kekal steamy dan hot seperti di awal perkahwinan, tetapi adakalanya sexting agak sukar dan tiada kepuasan.

Foto – Huffpost

Nasib baiklah wujudnya ‘phone sex’, sedikit sebanyak memberi kehangatan – walau hanya mendengar denyutan nafas melalui suara sahaja. Orang kata phone sex mampu memuaskan hasrat anda untuk ‘bermanja’ dengan pasangan yang berjauhan, contohnya untuk pasangan yang tinggal berjauhan demi mencari rezeki. Sesekali nakal bersama suami isteri sendiri, apa salahnya kan…

Dirty talking is no easy task, jadi janganlah berasa teruk dengan diri sendiri. Tidak mahu bercerita panjang lagi, berikut beberapa tips untuk mendapatkan kepuasan hanya dengan seks melalui telefon.

Pertama sekali anda perlu tenang

Untuk pasangan yang pertama kali mahu menjinakkan diri dalam aktiviti foreplay ini, anda tidak boleh melakukannya secara mendadak. Sila rancang dan ambil masa yang sesuai, hal ini supaya kedua-dua berada dalam keadaan yang tenang dan positif. Anda tidak perlu rasa malu tentang keinginan mahu melakukan phone sex.

Foto – Wiki

Persiapan untuk membangkitkan mood nakal

Ini bergantung kepada anda tetapi sebaiknya cuba mendapatkan mood paling romantik sebelum memulakan phone sex. Sebagai contoh, cipta suasana yang romantik supaya menghidupkan lagi mood nakal, anda boleh juga pakai pakaian yang jarang dan menghantar gambar supaya suami lagi teruja. Atau jika ingin membangkitkan mood lagi, cuba belai diri sendiri sambil membayangkan pasangan, seperti saat kemesraan anda berdua.

Bermain dengan nada suara

Ini satu lagi elemen penting dalam phone sex. Anda dan pasangan harus tahu bermain dengan kata-kata, selangi juga dengan nada gurauan atau sesuatu yang berbaur seksi supaya menghangatkan lagi mood. Cubalah buat suara manja atau nada suara yang lembut disertakan deru nafas yang berat dan tersekat-sekat. Selepas panggilan itu seakan-akan makin panas, cuba berbicara tentang hal-hal seksi yang mampu menaikkan syahwat pasangan.

Foto – Pinterest

Bercakap dengan perlahan dan teratur

Menggunakan suara normal anda mungkin akan membunuh mood. Jika anda ingin rasa lebih seksi dan sensual, sebaiknya menurunkan nada suara dan cuba berbisik. Lagi satu, ungkapkan kata dengan perlahan, jadi anda dan pasangan dapat beri sepenuh perhatian. Ia juga sukar bagi anda dan pasangan untuk rasa terangsang jika bercakap terlalu cepa, kasar dan kuat.

Tanya pasangan apa yang dia mahu

Cara yang sangat untuk memulakan adalah memberitahu mereka apa yang anda lakukan kepada diri sendiri dan minta mereka melakukan perkara yang sama. Sebagai contoh, bila keadaan semakin ghairah, tanya dia apa yang dia mahu anda lakukan pada tubuh – bahagian tubuh mana yang menjadi kegilaannya. Jangan sesekali malu dengan pasangan sendiri, beritahu dan nyatakan apa yang anda berdua suka tentang satu sama lain dan mahu melakukannya pada masa itu.

IKLAN
Foto – Pinterest

Mencapai klimaks

Dah nama phone sex jadi pasti akan diiringi dengan masturbasi sehingga anda dan pasangan mencapai klimaks. Pastikan anda rasa selesa selepas melakukan phone sex, jangan pula anda mendiamkan diri selepas ‘selesai’, bantu pasangan mencapai kepuasannya sekali. Lagi satu, jika anda ingin mencapai klimaks, ajak pasangan turut serta – tapi ia tidak boleh dipaksa, lakukan mengikut mood.

Bercakap tentangnya selepas ‘selesai’

Kalau tak bercakap anda berdua langsung tak tahu. Ingat, semua orang sukakan pujian! Selepas sahaja selesai, raikannya dengan ucapan tahniah. Beritahu pasangan bahawa ia satu langkah yang benar-benar berkesan bagi mengubat kerinduan. Mudah-mudahan, anda akan mendapat pujian sebagai balasan untuk meningkatkan harga diri anda untuk beraksi lagi. Jadi selepas ini anda dapat lakukan phone sex dengan mudah dan bahagianya.

Foto – medicaldaily

Wanista harap tips di atas serba sedikit dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga, walau anda berdua berada dalam perhubungan yang jarak jauh. Phone sex adalah cara yang boleh menjangkau dan menyentuh seseorang apabila anda tidak boleh merasakan sentuhan si dia. Oleh itu biarkan mulut berbicara dan jari merayap dengan ghairahnya. Tak perlu malu – suami isteri sendirikan… 

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1234