Tips - Kecantikan

Anda Akan Jadi Orang Paling Cantik Kalau Amalkan “Beauty Sleep”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Anda Akan Jadi Orang Paling Cantik Kalau Amalkan “Beauty Sleep”

Kajian menunjukkan purata dunia kini hanya tidur 6 jam sehari. Ada yang tidur ajak-ajak ayam, ada yang insomnia langsung tak boleh tidur – keadaan ini membuatkan kita langsung tidak mendapat tidur yang berkualiti.

IKLAN

Waktu yang paling disarankan untuk tidur adalah sekitar 8 jam sehari. Dan jika ia tidak berlaku, maka anda tidak mendapatkan “beauty sleep” yang cukup.

Foto – Pinterest

Eh sekejap apa benda “Beauty Sleep”, dan apa kepentingannya? Apabila badan tidak mendapatkan rehat yang mencukupi, sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada kesihatan secara menyeluruh, bahkan kecantikan juga.

Mungkin sesetengah berfikir ia hanya frasa yang menarik dan tidak punya makna, tapi “beauty sleep” adalah perkara yang sebenar. Hal ini disahkan oleh Whitney Bowe, ahli dermatologi dan pengarang buku Dirty Looks dari New York,

“Apabila kita tidur, hormon stress (kortisol) kita akan turun dan hormon tidur (melatonin) akan naik. Badan kita, kulit kita ketika itu dalam mod pembaikan. Dengan kata lain, maktu malam memberi kulit kita peluang untuk pulih dari sebarang kerosakan di siang hari.

Foto – Magazine

Jadi, di sini penting sebenarnya mendapatkan kualiti dan kuantiti tidur yang baik, orang kata “beauty sleep”.

Awet Muda

Apabila kita tidur, kulit kita sedang bertungkus lumus menyembuhkan diri dari kerosakan yang mungkin kita alami sepanjang hari dari sinaran UV atau pencemaran. Kajian menunjukkan bahawa sel-sel kulit baru tumbuh lebih cepat semasa anda tidur. Ambil kesempatan daripada pembaharuan dan pemulihan kulit ini dengan membersihkan kulit sebelum tidur dan memilih produk yang akan mengoptimumkan tempoh pemulihan ini supaya anda bangun dengan kulit yang lebih sihat.

Kedutan

Sama seperti proses penyembuhan, kulit juga akan menghasilkan kolagen baru ketika anda sedang melelapkan mata dan ini sudah tentu dapat melawan masalah kedutan. Lebih banyak kolagen dihasilkan, bermakna kulit anda akan lebih gebu dan kurang kedutan.

Foto – WebMD

Tona Kulit Sekata

Tidak mendapat rehat yang mencukupi boleh mengakibatkan wajah anda tampak pucat dan mungkin bengkak. Memejamkan mata dan berehat membantu menggalakkan aliran darah sihat ke kulit.

IKLAN

Breakout

Sudah tentu ia merupakan perkara yang ingin dielakkan oleh kebanyakan individu terutamanya wanita. Lebih banyak anda tidur, peluang untuk mendapatkan kulit yang licin adalah semakin tinggi. Tekanan yang berpunca akibat kurang rehat boleh menyebabkan wujudnya jerawat.

Rambut Sihat

Percayalah, masalah seperti keguguran dan kerosakan pada rambut turut dipengaruhi oleh faktor tidak cukup rehat. Folikel rambut, iaitu tempat di mana pertumbuhan rambut berlaku, mendapat nutrien, vitamin dan mineral daripada aliran darah.

Foto – Pinterest

Apa kaitan kekurangan tidur pada muka anda? Anda akan kelihatan letih, lingkaran gelap mula bermaharajalela di sekitar mata dan kulit jadi lesu yang tidak bermaya. 

“Isyarat stres bukan sahaja menyebabkan jerawat, tetapi juga membuat kulit kurang mampu menangkap kelembapan dan melambatkan pergerakan sel kulit,” jelas Whitney Bowe.

Jadi kalau anda ingin cantik luar dan dalam, pastikan anda memberikan badan anda rehat yang secukupnya.

Apa lagi selamat beramal semua!

RUJUKAN : 12