Ratu Elizabeth II satu nama yang tidak asing di seantero dunia, beliau adalah pemerintah wanita yang berkaliber dan di sanjung tinggi oleh masyarakat Britain. Ratu Elizabeth II menjadi pemerintah England pada tahun 1952 sehinggalah ke hari ini. Pasti ramai tertanya-tanya bila agaknya Permaisuri Elizabeth II akan turun takhta, jawapannya mungkin bukan sekarang!
Apalah yang membuatkan Permaisuri Elizabeth II ini tidak mahu turun takhta ya? Sebenarnya terdapat 10 sebab utama mengapa Permaisuri Elizabeth II tidak mahu turun takhta, ketahui di bawah!
#1 Turun Takhta, Mungkin Tidak!
Tahun lepas, Daily Mail mengeluarkan tajuk utama berita “Is the Queen Preparing to Abdicate?” Dek kerana berita tersebut pelbagai spekulasi dan khabar angin melanda dunia yang menyatakan bahawa Permaisuri Britain ini merancang menjadikan Putera Charles sebagai “Prince Regent” atau pemangku raja apabila beliau berusia 95 tahun. Bagaimanapun, sejarah British menunjukan bahawa pelantikan pemangku raja tidak semestinya turun takhta.
#2 Ratu Elizabeth II Berjanji Untuk Memerintah Seumur Hidup
Pada ulang tahun kelahiran Permaisuri Elizabeth yang ke-21, Permaisuri Elizabeth II berjanji kepada England bahawa beliau akan menjadi permaisuri mereka buat seumur hidup.
“Saya mengisytiharkan kepada kamu semua bahawa seumur hidup saya sama ada panjang ataupun pendek, saya akan berkhidmat kepada kamu semua dan berkhidmat bermasa keluarga diraja,” jelas Ratu Elizabeth II
Itu adalah janji paling besar beliau ucapkan dan sehingga kini telah lebih daripada 70 tahun Permaisuri Elizabeth II berpegang kepada janji tersebut.
#3 Umur Bukan Faktor Turun Takhta
Bagi sesetengah keluarga kerabat diraja mempunyai tradisi di mana pemerintah turun takhta selepas mencapai tahap umur yang di tetapkan seperti contoh kerabat diraja Nertherland.
#4 Merasakan Memang Tanggungjawab Permaisuri Elizabeth Untuk Memerintah
Menurut pakar terhadap pemerintah seperti Sarah Bradford yang merupakan seorang penulis buku ‘Queen Elizabeth II: Her Life in Our Times’ telah mengesahkan bahawa Permaisuri Elizabeth II merasakan memerintah adalah misi dan tugas dirinya dan tidak akan turun takhta.
#5 Rakyat Masih Mahukan Permaisuri Elizabeth II
Betullah kata orang, siapalah pemerintah jikalau tiada rakyat yang menyokong diri mereka. Kajian di United Kingdom mendapati lebih daripada 70% rakyat menyatakan mahu Permaisuri Elizabeth II terus memerintah selagi beliau masih hidup. Betapa dahsyatnya sokongan yang diterima oleh Ratu England ini!
#6 Bijak Membahagikan Tugas
Tugas memimpin negara bukanlah satu tugas yang mudah tambahan lagi dengan usia yang semakin meningkat. Tetapi Permaisuri Elizabeth II tidak menjadikan ia satu masalah kerana beliau bijak membahagikan tugas kepada ahli kerabat diraja yang lain iaitu kepada anaknya dan juga cucu-cucunya.
#7 Rakyat Kurang Yakin Terhadap Putera Charles
Pada pandangan rakyat England, mereka kurang yakin terhadap kebolehan dan kewibawaan Putera Charles dalam memerintah negara dan mengekalkan kuasa neutral tanpa menyebelahi mana-mana parti politik. Tambahan lagi, umur Putera Charles yang kini telah berusia 70 tahun, mengikut sesetengah pandangan dalaman instana termasuklah bekas butler Puteri Diana, Paul Burrell berpendapat Putera Charles telah terlalu tua untuk memegang tugas sebagai Raja.
#8 Persaraan Putera Philip
Rakyat menyangkakan Permaisuri Elizabeth II mungkin mengikuti jejak suaminya Putera Philip yang bersara pada bulan Mei lalu, tetapi nampaknya gaya istilah turun takhta tiada dalam kamus Ratu England ini!
#9 Rakyat Tidak Sokong Camilla Jadi Permaisuri
Selain khabar angin tentang turun takhta Permaisuri Elizabeth II, satu lagi gosip hangat rakyat adalah sama ada Camilla akan di lantik menjadi permaisuri jika Putera Charles naik takhta. Jika mengikut tradisi, pasangan raja yang naik takhta akan ditabal menjadi permaisuri, tetapi pandangan awam menolak ‘Queen Camilla’ jika ianya berlaku.
#10 Tiada Perancangan Untuk Turun Takhta!
Pada tahun 2018, kerajaan England telah membuat latihan bagi upacara kematian Ratu England. Menteri England membuat latihan protokol untuk pertama kali dan memberi kod nama sebagai ‘London Bridge’ dan hari pertama kematian permaisuri akan di beri kod nama D1. Menerusi latihan yang dijalankan, nampaknya memang Permaisuri Elizabeth II tidak akan turun takhta untuk seumur hidup!
Wah, menarik betul Permaisuri Elizabeth II ini, meski telah berusia tetapi ia bukan penghalang untuk memerintah negara dan memberi khidmat kepada negara dan rakyat!