Acara

Kumpulan K-Pop Popular Apink Bakal Beraksi Di Super Show Lazada 11.11

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Kumpulan K-Pop Popular Apink Bakal Beraksi Di Super Show Lazada 11.11

Festival membeli-belah Lazada 11.11 kembali lagi pada tahun ini dengan aktiviti yang lebih meriah. Lazada Malaysia merupakan platform eDagang eksklusif yang menjadi pilihan 16 jenama antarabangsa dan tempatan seperti Apple, Estee Lauder dan Dyson yang memilih Lazada sebagai platform dalam talian eksklusif mereka.

IKLAN

Festival Lazada 11.11 ini diserikan dengan Super Show 11.11 pada 10 November dengan rekaan pentas layar multi-skrin yang pastinya akan membuat penonton terpukau dengan penampilan kumpulan idol K-Pop wanita iaitu Apink.

Foto – Arkib Wanista

Untuk festival Lazada 11.11 kali ini, pelanggan dapat mengalami pembelian yang lebih pantas, lancar dan mendapat ganjaran disamping menggunakan Lazada Wallet sambil menikmati pelbagai tawaran hebat dari pelbagai produk jenama eksklusif.

16 Jenama Eksklusif Menanti Anda!

Lazada terus menjadi destinasi bagi jenama antarabangsa dan tempatan mengembangkan produk mereka menerusi platform eDagang ini. Dan pengguna juga dapat menikmati produk barangan yang mereka ingini menerusi Lazada tanpa perlu risau walau di mana jua destinasi anda berada.

Foto – Cyril Dason

Berikut adalah 16 jenama antarabangsa dan tempatan yang eksklusif berada di Lazada yang boleh anda dapatkan produk-produk mereka secara dalam talian:

  • Apple
  • Benefit Cosmetics
  • Bobbi Brown
  • Clinique
  • Coocaa
  • Dyson
  • Estée Lauder
  • Future of Wellness
  • KOSÉ
  • MAC Cosmetics
  • Origins
  • Offspring
  • Senheng
  • Shiseido
  • Viewnet
  • VTech Electronics

Apink Dan Artis Tempatan Bakal Beraksi Di Pentas Super Show Lazada 11.11

Lazada 11.11 Super Show kembali sebelum detik tibanya acara jualan tahunan terbesar Lazada di mana acara tersebut berlangsung dari Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan siaran tersebut dapat di lihat melalui siaran secara langsung di dalam aplikasi Lazada, saluran Media Prima iaitu TV3, platform dalam talian Tonton dan juga saluran YouTube TV3.

Foto – Trendsmap

Siaran tersebut bermula pada jam 9 malam sehingga ke 12.30 pagi. Acara terbesar ini diserikan dengan penampilkan pelbagai persembahan dan sketsa oleh Man Bai dan Hujan serta barisan artis popular tanah air seperti Ayda Jebat, Zizan Razak, Hael Husaini, Siti Nordiana, Naim Daniel, K-Clique, Ismail Izzani dan ramai lagi. Dan semestinya kemunculan yang di tunggu-tunggu iaitu kumpulan K-Pop popular Apink bakal memeriahkan suasana. Selain itu artis popular dari seberang iaitu Cinta Laura juga akan membuat persembahan di pentas Super Show itu nanti.

Guna Lazada Wallet, Dapat Lebih Banyak Ganjaran Dan Rebat Pulangan Tunai!

Foto – ggvouchers.com

Dapatkan ganjaran dan rebat pulangan tunai dengan menerusi penggunaan Lazada Wallet. Antara tawaran Lazada Wallet tawarkan adalah:

  • 100% pulangan tunai untuk 111 pengguna pertama yang menambah nilai sebanyak RM111 dari 1 November sehingga 6 November 2019
  • Berpeluang untuk memenangi kredit Lazada Wallet sehingga RM111 apabila anda menambah nilai diantara 7 November hingga 10 November 2019 dan berbelanja pada 11.11
Foto – thesiliconreview.net

Selain itu, Lazada juga bawakan lebih banyak mod pembayaran tanpa tunai seperti Touch ‘n Go eWallet serta penggunaan kad kredit Lazada-Citibank. Nikwati tawaran hebat seperti:

IKLAN
  • Potongan RM11 untuk pembelian minimum RM100 di Lazada pada 11.11 untuk pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet
  • 10 kali mata ganjaran untuk tambah nilai Lazada Wallet dan pembelian di Lazada untuk pemegang kad kredit Lazada-Citibank

Dapatkan Penjimatan Dan Baucer Pada 11.11 Ini Nanti!

#1 GUESS IT! KING (4 November 2019 Dari Jam 7 Malam Hingga 11 Malam)

Rancangan gameshow GUESS IT! yang bersiaran secara langsung di Lazada pada 11.11 akan berlangsung secara terus selama 4 jam dengan menampilkan personaliti seperti Sean Lee, Nabil Aqil, Theebaan G, Adibah Noor dan Emma Maembong.

Pemain yang meneka paling pantas dengan harga yang paling hampir tepat akan menang disamping membantu personaliti pilihan untuk muncul sebagai GUESS IT! KING. Kongsikan pautan siaran kepada rakan-rakan dan anda akan menerima ‘Guess Card’ untuk lebih peluang menang.

#2 Moji-Go

Alami permainan pertama Lazada menggunakan teknologi pengecaman wajah di aplikasi Lazada. Padankan ekspresi muka kepada emoji yang muncul di skirn dan kumpul Coin yang boleh ditukarkan ke baucer. Permainan ini adalah tambahan permainan LazGames sedia ada seperti LazCity Wonderland, Popping Star, Tower, Shop & Match, Target, Popping Balloons, Push Cart dan Birthday Blast.

#3 Pra-Tempah Dengan Chup Dulu

Foto – soyacincau.com

Nikmati tawaran eksklusif dengan harga yang menarik untuk barangan terpilih dengan Chup Dulu. Tempah barangan yang anda inginkan dengan membayar deposit (wang tidak dikembalikan) di aplikasi Lazada pada 10 November 2019 untuk jaminan tempahan barangan. Lengkapkan pembayaran dengan membayar baki pada 11 November 2019 untuk barang yang telah anda pra-tempah dan ianya akan terus dihantar kepada anda!

#4 Tawaran Mesti Beli

Foto – soyacincau.com

Dapatkan tawaran untuk barangan terpilih dengan harga yang rendah di Mesti Beli pada 11.11 ini nanti. Ianya menampilkan produk-produk dari pelbagai kategori yang akan di jual mengikut masa yang ditetapkan;

  • Crazy Brand Mega offers – 12.00 pagi sehingga 2.00 pagi
  • Health & Beauty – 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi
  • Electronics – 11.00 pagi sehingga 1.00 petang
  • Home Appliances & TV and Home & Living – 1.00 petang sehingga 3.00 petang
  • Fashion – 3. 00 petang sehingga 5.00 petang
  • Toys, Kids & Babies – 5.00 petang sehingga 7.00 petang
  • Global Collection – 7.00 petang sehingga 8.00 malam

#5 Lowest Price Guarantee

Foto – soyacincau.com

Nikmati tawaran jaminan harga terendah (Lowest Price Guarantee) untuk barangan diseluruh platform Lazada. Jika sekiranya anda terjumpa barangan yang serupa dalam stok yang bukan promosi dan dijual pada harga yang lebih rendah di kedai dalam talian yang lain, hubungi Lazada dan pihak Lazada akan membayar dua kali ganda perbezaan harga! Buat tuntutan pada 11.11 untuk menikmati jaminan hebat ini.

Jadi jangan lepaskan pelbagai tawaran hebat daripada Lazada!