Hari Natal bakal menjelang tidak lama lagi, pastinya ramai yang sedang bersiap sedia bagi membuat persediaan bagi menyambut hari istimewa tersebut pada hujung tahun nanti. Bagi memeriahkan sambutan hari natal, Swarovski tampil dengan rekaan dekorasi yang memukau pandangan mata!
Dekorasi yang bersinar-sinar ini umpama mempunyai kuasa magik yang mampu membuatkan mata yang memandangnya tidak berkelip. Dekorasi terbaru ini merupakan koleksi Swarovski Crystal Living Holiday yang menampilkan pelbagai barisan dekorasi hiasan rumah sempena menyambut hari natal tahun ini.
Koleksi Dekorasi Ala Fantasi Sempena Hari Natal
Swarovski tampilkan rekaan-rekaan dekorasi hiasan rumah untuk sambutan hari natal ini dengan rekaan ala-ala fantasi dan magik yang memukau. Tak percaya, jom lihat dekorasi hiasan yang dikeluarkan oleh Swarovski ini!
Holiday Ornament, Annual Edition 2019
Dekorasi daripada Annual Edition ini menampilkan hasil kraf 90 aspek dengan warna magma yang cukup memukau! Cahaya kilauan yang dikeluarkannya menjadi ikonik yang istimewa pada pokok Krismas nanti.
Star Ornament
Dekorasi hiasan berbentuk bintang ini sangat popular menjelang sambutan hari natal, bentuk bintang-bintang yang berkilauan dengan kesan eksklusif Aurora Borealis, menjadikan dekorasi bintang ini mengeluarkan cahaya Aurora!
Crystal Ball Ornament
Nah, rasanya ramai yang menggemari dekorasi hiasan bola kristal ini. Bentuk-bentuk kristal yang di potong mengikut bentuk kepingan salji. Serius cantik betul bola kristal ni, bayangkan bola kristal di sangkutkan pada pokok Krismas, membuatkan pokok krismas tampak lebih indah!
Christmas Set 2019
Krismas set ini merangkumi dekorasi daripada koleksi Annual Edition Ornament 2019 dan juga Litte Snowflake Ornament. Memang tak rugi ambil set ini, reka bentuk dekorasi hiasan untuk pokok krismas ini cukup cantik!
Christmas Bell Ornament
Loceng Krismas kali ini menampilkan elemen baharu dengan sentuhan romantis dan ianya hanya eksklusif untuk tahun ini sahaja. kristal yang berbentuk hati yang berwarna merah ini pasti akan membuatkan anda tersenyum lebar melihatnya.
Baby’s First Christmas
Baby’s First Christmas ini menampilkan rangkaian koleksi dekorasi yang comel-comel sesuai untuk anda dan keluarga yang menyambut bersama bayi sempena hari natal pada tahun ini.
Tahun ini Swarovski menampilkan koleksi dekorasi hiasan rumah untuk sambutan hari natal dengan penuh sentuhan elemen magik dan fantasi. Dekorasi yang unik, comel serta memukau pandangan mata ini sangat sesuai digunakan bagi menghias pokok Krismas dan juga rumah anda.
Untuk mengetahui apa lagi koleksi yang di keluarkan oleh Swarovski ini, anda boleh layari laman web SWAROVSKI dan pilih dekorasi yang anda inginkan.
Selamat menyambut hari natal!