Berita & Isu Semasa

Putus Cinta Dengan Jutawan Macau, Model Malaysia Terima Ganjaran Wang Ringgit

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Putus Cinta Dengan Jutawan Macau, Model Malaysia Terima Ganjaran Wang Ringgit

Mandy Lieu, model kelahiran Malaysia-Amerika dikurniakan sejumlah bayaran lumayan sebagai tanda “breakup fee” dari teman lelakinya yang juga jutawan kasino dari Macau, Alvin Chau.

IKLAN

Lieu yang telah menjadi perempuan simpanan Chau selama lima tahun lamanya dilaporkan telah mendapat sekitar $38 juta sebagai “pembayaran” selepas wanita itu meninggalkannya.

Lieu mengakhiri hubungan itu apabila mendapat tahu usahawan berusia 45 tahun itu tidak berniat untuk menceraikan isterinya, Heidi Chan, 38 tahun.

Apabila Lieu mula dating dengan Chau pada tahun 2014, mereka mengekalkan perhubungan terbuka walhal Chau sudah memperisterikan Chan.

Hasil perhubungan ‘gelap’ mereka, Lieu melahirkan tiga orang anak Chau dan telah membesarkan mereka di London. Chau mempunyai dua anak lain dengan isterinya dan anak lelaki lain dari perkahwinan sebelumnya.

Chan yang agak vokal tentang kekasih gelap suaminya telah menuntut perceraian dari Chau. Bagaimanapun, Chau enggan kerana mahu menjaga keluarganya, di samping perceraian Chan akan menjadi lebih mahal, kerana bagi Chau banyak kekayaannya diperoleh selepas mereka berkahwin.

Foto – Nextshark

Ternyata membayar bekas teman wanita atau perempuan simpanan dengan hadiah mahal dan sejumlah wang selepas berakhirnya hubungan adalah perkara biasa di kalangan jutawan kaya di sana.

RUJUKAN