Kecantikan

Dapatkan Rambut Secantik K-Pop Idol Dengan Pilihan Syampu Ini!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Dapatkan Rambut Secantik K-Pop Idol Dengan Pilihan Syampu Ini!

Setiap kali comeback, k-pop idol akan muncul dengan penampilan serba baru yang memukau peminat.

IKLAN

Paling ketara adalah stail rambut yang terkini disertai pilihan warna yang pelbagai. Terfikir juga bila acapkali mewarnakan rambut, nescaya sedikit demi sedikit rambut akan rosak. Jadi apa solusi mereka bagi memastikan rambut sihat bermaya?

Selain berhabisan di salun, alternatif di bawah mungkin boleh membantu anda mencapai rambut sihat, lembut, berkilat bagaikan bintang Korea kegilaan.

Herbalife Herbal Aloe Strengthening Shampoo

Cuaca lembap Malaysia serta pendedahan kepada sinaran UV serta penggunaan bahan kimia rambut untuk pelbagai tujuan seperti pewarna rambut, perming dan pelurus, boleh menyebabkan kerosakan teruk pada rambut.

Foto – Arkib Wanista

Untuk itu, Herbalife Nutrition tampil dengan Herbal Aloe Strengthening Shampoo dan Herbal Aloe Strengthening Conditioner. Syampu ini dipenuhi mikroprotein yang mengandungi bahan-bahan yang ditanam tumbuhan untuk membantu mengurangkan kerosakan rambut yang rosak dan diuji secara klinikal untuk meninggalkan rambut yang rosak 10 kali lebih kuat, menjadikan rambut berasa lebih lembut bagaikan sutera. 

Ogx Purifying + Charcoal Detox Shampoo

It’s like a detox for your hair!

Foto – Arkib Wanista

Campuran arang yang diaktifkan dan tanah liat kaolin membantu dalam pertumbuhan rambut yang lebih sihat dari setiap helaian dan akar. Lagi pula jika anda sejenis yang kerap mewarna, kerinting dan melurus, sering terdedah kepada bahan kimia yang membuatkan rambut rosak, syampu ini adalah detoks terbaik untuk anda! Ia menjadikan rambut lebih sihat dan bermaya daripada biasa.

Dengan penggunaan berterusan, rambut rosak yang anda hadapi selama ini boleh diubati.

Selamat Beramal!

IKLAN