Info Menarik

Fakta Mengejutkan Tentang Raja Thailand Yang Kaki Perempuan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Fakta Mengejutkan Tentang Raja Thailand Yang Kaki Perempuan

Baru-baru ini nama Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn trending di semua platform media sosial.

IKLAN

Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn merupakan Raja ke-10 Dinasti Chakri, menggantikan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulyadej, 89, yang mangkat pada 13 Oktober 2016.

Kisah kehidupan keluarga diraja sana tidak banyak digemburkan seperti keluarga diraja Britain. Negara gajah putih itu mempunyai undang-undang ketat yang melarang rakyat dan akhbar Thai dari menghina dan melapor butiran memalukan tentang keluarga.

Tetapi sejak raja muda itu melucutkan perlantikan diraja dan gelaran ketenteraan yang diberikan kepada gundik rasmi, Sineet Wongvajirapakdi, media dan orang ramai mula mahu mengenalinya.

Baca : Gundik ‘Main Belakang’, Raja Thailand Lucutkan Gelaran Diraja

Tahukah kamu Raja Vajiralongkorn penggemar sukan basikal dan telah berkahwin sebanyak empat kali… Ini rahsia beliau yang menarik untuk dikongsikan.

Dilahirkan Pada 1952

Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dilahirkan pada tahun 28 Julai 1952 sebagai anak kedua dan anak tunggal Raja Bhumibol dan isterinya, Ratu Sirikit. Nama Vajiralongkorn bermaksud “dihiasi dengan permata atau kilat” di Thai.

Foto – Reuters

Pendidikan Awal

Walaupun beliau secara rasmi dikurniakan Putera Mahkota pada tahun 1972 ketika betumar 15 tahun, tapi beliau sebenarnya menghabiskan banyak masa kecilnya di luar Thailand. Beliau dihantar ke sekolah di England dari umur 13 hingga 17 tahun, sebelum mendaftarkan diri di kolej tentera di Australia sehingga tahun 1976.

Foto – Getty

Bergelar Juruterbang

Selepas tamat pengajian, beliau menyertai tentera Thai, di mana beliau berkidmat sebagai pegawai. Beliau juga adalah seorang juruterbang yang berkelayakan untuk pesawat awam dan tentera, dan telah menerbangkan sendiri pesawat jenis Boeing 737 ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

IKLAN
Foto – The Straits Times

Pertabalan Sebagai Raja 

Selepas kematian ayahandanya Raja Bhumibol pada Oktober 2016, Maha Vajiralongkorn naik takhta sebagai Raja Rama X – yang bermaksud beliau adalah raja kesepuluh kerajaan Chakri. Pertabalan akhirnya berlaku pada Mei 2019 di mana upacara diadakan besar-besaran – sekitar 1,300 orang dan gajah diarak berhampiran Grand Palace Thailand selama enam jam setengah. Seluruh perarakan menelan belanja sebanyak $31 juta sahaja.

Foto – Getty

Pengawal Peribadi Dijadikan Isteri

Tiga hari sebelum pertabalan, Maha Vajiralongkorn mengahwini kekasih yang juga pengawal peribadinya. Perkahwinan tersebut merupakan satu kejutan kerana istana tidak pernah mengakui hubungan romantik raja dengan General Suthida Vajiralongkorn sebelum ini.

Foto – Getty

Gundik Ditabal Sebagai Peneman Rasmi Raja

Pada bulan Julai, Raja Maha menabalkan gundiknya Sineet Wongvajirapakdi, sebagai gundik diraja (Royal Noble Consort) secara rasmi. Dilaporkan wanita 34 tahun itu adalah bekas jururawat tentera yang dipercayai teman wanitanya yang paling lama. Walau bagaimanapun gelaran tersebut ditarik balik selepas Sineet dilaporkan tidak setia dan komplot untuk menjatuhkan permaisuri.

Foto – Getty

Raja ‘Kasanova’

Media antarabangsa melaporkan Raja Maha seorang yang kasanova, setakat ini mempunyai tujuh anak dari tiga wanita. Beliau melalui banyak perceraian yang dashyat pada masa lalu yang tidak didedahkan. Ibunya, Ratu Sirikit pernah menggambarkan anaknya sebagai “Don Juan” pada awal tahun 1980-an – kerana anaknya lebih suka menghabiskan hujung minggu bersama wanita cantik daripada menjalankan tugas diraja.

Foto – News

Pelumba Basikal

Beliau adalah pelumba basikal yang tegar, dan telah mengetui banyak acara berbasikal di Bangkok pada masa lalu. Anak perempuanya, Puteri Sirivannavari Nariratana juga turut mengambil bahagian dalam sukan berbasikal.

Foto – Getty

Bukan hanya penyayang pada manusia, Raja Maha juga penyayang pada anjing. Apabila haiwan peliharaannya, Foo Foo mati pada tahun 2016, beliau melakukan upacara pemakaman Buddha selama empat hari.

Baru-baru ini sahaja, beliau memecat pengawal peribadinya yang kuat sex dan melanggar undang-undang negara. Macam-macam hal!

RUJUKAN