Fesyen

Koleksi Nike Icon Clash, Tampil Rekaan Pakaian Gym Kasual & Versatile!

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Koleksi Nike Icon Clash, Tampil Rekaan Pakaian Gym Kasual & Versatile!

Nike kini kembali dengan koleksi pakaian dan kasut istimewa untuk anda yang minat bersukan dan bersenam di gym. Koleksi Nike Icon Clash ini mempamerkan rekaan yang kasual dan versatile. Sesuai bagi generasi kini yang inginkan pakaian sukan dan gym yang lain dari yang lain.

IKLAN

Sempena musim sejuk ini, Nike mengeluarkan koleksi pakaian dan kasut berinspirasikan rekaan sukan bola keranjang yang menampilkan sentuhan kasual dan versatile sesuai untuk peminat Nike terkini.

Foto – Arkib Wanista

Sentuhan kasual dan versatile ini menampilkan elemen berkilau yang feminin seperti taburan emas dan perak, rekaan jalur, penggunaan fabrik jersi, jahitan berteknik dan beberapa rekaan pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti senaman serta sesuai untuk penggunaan harian.

Menerusi koleksi Nike Icon Clash terbaru ini, ia melambangkan tenaga dan perincian sukan yang teliti dan berinspirasikan daripada sukan bola keranjang. Dari inspirasi sukan bola keranjang terus menghasilkan produk yang bermutu, berstail, kasual dan versatile yang sesuai untuk acara larian, latihan dan sebagainya.

Koleksi Nike Icon Clash

Foto – Arkib Wanista (Rekaan bra bahagian belakang yang menyerupai jaring bola keranjang)

Rekaan bra yang unik, di bahagian belakang bra yang memiliki tali-tali jaring seperti jaring bole keranjang.

Foto – Arkib Wanista (Rekaan seluar Icon Clash yang klasik dengan sentuhan bebenang warna emas)

Seluar sukan klasik Icon Clash dengan sentuhan bebenang emas menambahkan kesan unik dengan konsep sukan bola keranjang.

Foto – Arkib Wanista (Koleksi rekaan jaket printed dengan gambar rantai emas yang memberikan inspirasi era 80’an yang dinamik)

Koleksi jaket printed dengan gambar rantai emas ini di reka berdasarkan sumber inspirasi daripada tahun era 80’an dengan kuasa serta tenaga yang dinamik.

Sebenarnya terdapat banyak lagi koleksi bagi Nike Icon Clash antaranya kasut AF1 Essentials, baju lengan pendek crop top, baju lengan pendek, baju jumpsuit, baju tank wanita dan banyak lagi.

Ke semua koleksi Nike Icon Clash ini telah mula berada di pasaran bermula 1 November 2019 baru-baru ini. Layari laman web Nike dan ketahui lebih lanjut mengenai koleksi-koleksi Nike Icon Clash terbaru ini.

IKLAN