IKEA kembali lagi dengan jualan 11.11 pada awal bulan November tahun ini. Pelbagai tawaran produk terbau dan menarik dengan ptongan harga yang berpatutan! IKEA mengadakan jualan besar-basaran dengan menawarkan 20% potongan diskaun untuk 11 produk bagi setiap kategori bermula daripada 1 November 2019 sehingga 11 November 2019.
Diskaun yang diberikan pada 11 produk terpilih bagi setiap kategori berjalan untuk satu hari sebelum menukar produk di kategori yang lain pada keesokan harinya. Jadi semua orang dapat menikmati pelbagai potongan promosi pada 11 produk terpilih yang berbeza bagi setiap kategori pada setiap hari jualan berlangsung.
11 Produk Kategori Menanti Anda!
IKEA menawarkan jualan besar-besaran untuk barangan rumah dengan potongan sebanyak 20%. Pelanggan juga boleh membeli secara dalam talian atau terus mengunjungi mana-mana cawangan IKEA yang berhampiran dan lihat sendiri semua produk yang ditawarkan.
Promosi Gempak Di Restauran & Kafe IKEA!
Tidak sah rasanya apabila mengunjungi IKEA, berjalan dan membeli barangan rumah tetapi tidak singgah ke restauran IKEA. Sebut sahaja restauran IKEA, pasti terliur melihat pelbagai makanan lazat yang ditampilkan di restauran tersebut.
Sempena jualan besar-besaran IKEA 11.11 ini, di restauran IKEA menawarkan pelbagai jenis makanan terbaru seperti Hot Spicy Chicken Ball, Nasi Lemak Pandan Rendang Ayam, air boba Brown Sugar Pearl with Milk.
Nasi lemak pandan ayam rendang ini dijual pada harga RM7.90, menu nasi lemak ini didapati pada hari bekerja sahaja dan dijual pada pukul 11 pagi sehingga 3 petang untuk sesi makan tengah hari. Pada pukul 5 petang ke atas nasi lemak ini dijual untuk sesi makan malam di restauran IKEA. Menu ini berlangsung dari 4 November sehingga 30 November 2019.
Manakala Hot Spicy Chicken Ball dengan 16 ketul bebbola dijual pada harga RM16.50, menu ini boleh didapati di semua restauran IKEA. Tetapi bagi yang membeli di restauran IKEA Damansara, IKEA Cheras dan IKEA Batu Kawan, pelanggan akan menerima baucer bernilai RM5. Jualan menu ini berlangsung pada 11 November 2019 sehingga 22 November 2019.
Bagi pilih menu air minuman baharu di kafe IKEA adalah Brown Sugar Pearl with Milk! Air minuman popular ini boleh didapati di IKEA Damansara dan IKEA Cheras, air boba ini dijual dengan harga RM6.50 dan ianya dijual pada 11 November 2019 sehingga 31 Disember 2019! Jangan lepaskan peluang dapatkan air boba apabila mengunjungi IKEA Damansara atau IKEA Cheras!
Ada Apa Di IKEA Swedish Food Market?
Di IKEA swedish food market ini pula menawarkan pelbagai rangkaian makanan ringan dan pastinya akan menarik minat anak-anak dan ahli keluarga untuk membawa pulang makanan ringan.
Menariknya di food market ini, IKEA menjalankan promosi untuk satu hari sahaja iaitu pada 11 November 2019. Pada hari berkenaan, pelanggan dapat membeli mana-mana dua pek MUNSBIT dengan harga RM11.
Istimewa Untuk Ahli IKEA FAMILY
Jualan besar-besaran tidak sah jika tiada harga istimewa untuk ahli IKEA FAMILY, menerusi jualan IKEA 11.11 ini, ahli pemegang kad IKEA FAMILY dapat menikmati pelbagai tawaran dan harga promosi buat barangan terpilih.
Selain itu, ahli IKEA FAMILY juga dapat menikmati tawaran harga yang sangat murah untuk menu makanan di restauran IKEA!
Jadi jangan lepakan peluang untuk singgah ke IKEA berhampiran dan rebut segala promosi yang ditawarkan! Buat yang belum menjadi ahli IKEA FAMILY, pelanggan boleh mendaftar di kios FAMILY IKEA di mana-mana cawangan IKEA atau layari laman web IKEA untuk mendaftar secara dalam talian.