Hiburan

EXO World Tour EXplOration Bakal Tiba Di Kuala Lumpur 14 Disember Ini

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
EXO World Tour EXplOration Bakal Tiba Di Kuala Lumpur 14 Disember Ini

Berita baik buat peminat EXO di Malaysia kerana kumpulan idol popular Korea ini bakal kembali ke Malaysia untuk program jelajah dunia yang kelima yang dikenali sebagai “EXplOration” di Axiata Arena Bukit Jalil pada 14 Disember 2019 pada pukul 6 petang.

IKLAN

Siri jelajah dunia EXO Planet #5 – “EXplOration” ini telah bermula di Seoul pada bulan Julai lalu yang kemudian menyambung konsert jelajah mereka di Hong Kong, Filipina, Singapura, Thailand, Jepun dan seterusnya.

Foto – Arkib Wanista

Kini giliran Malaysia pula menerima kunjungan jelajah raja K-Pop ini dengan persembahan yang memukau peminat Malaysia! Setiap konsert dan persembahan yang di lakukan oleh EXO menunjukan perincian dan usaha gigih EXO dalam memberi yang terbaik untuk semua peminat yang hadir ke konsert mereka.

Dengan tarian yang berstail dan kool di temani dengan alunan rentak muzik yang bertenaga dengan kesan audio visual yang gempak menjadikan persembahan yang diberikan di atas pentas cukup menggegarkan jiwa para peminat yang hadir ke konsert EXO ini.

Foto – Arkib Wanista

Kini buat konsert jelajah kali kelima di Malaysia, peminat dapat melihat persembahan EXO untuk trak album EXO yang kelima iaitu “Don’t Mess Up My Tempo” dan juga lagu dari album “Love Shot”. Persembahan yang diberikan untuk peminat di Malaysia pada 14 Disember 2019 ini pastinya akan membuatkan peminat tidak akan melupakannya.

Foto – Arkib Wanista

Jualan tiket awam untuk “EXO PLANET #5 – EXplOration” akan bermula daripada 11 November 2019 pada jam 11 pagi. Peminat boleh membeli tiket di laman web My Ticket Asia untuk membeli tiket awam.

Manakala bagi yang ingin membeli tiket utama, tiket ini akan mula di jual pada 8 November 2019 dan di buka eksklusif untuk ahli GETBATS.

Untuk menjadi ahli, anda boleh mendaftar di laman web GETBATS yang bermula pada 30 Oktober sehingga 3 November untuk mendapatkan keistimewaan untuk membeli tiket utama. Jualan tiket ini mempunyai had dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Foto – Arkib Wanista

Konsert yang dianjurkan oleh Star planet bersama platform GETBATS ini akan bawakan EXO ke Malaysia bagi konsert jelajah dunia. Bagi peminat EXO, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan melihat persembahan idol kegemaran di Axiata Arena Bukit Jalil pada 14 Disember 2019, jam 6 petang di sana.

IKLAN

Harga jualan tiket bermula RM798 untuk (free standing), RM738, RM598, RM488, RM368 dan RM248. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web Star Planet atau hubungi Star Planet di talian 03-92233667.

Jumpa anda di Axiata Arena Bukit Jalil pada 14 Disember 2019 ini nanti!