Lagi produk penjagaan wajah kelahiran Korea memasuki Malaysia.
Face Republic debut di Malaysia sejak pertengahan tahun ini dan baru dilancarkan secara eksklusif di Guardian pada September 2019.
Rata-rata pencinta kecantikan teruja dengan setiap inovasi dan rejim kecantikan Korea atau singkatannya K-Beauty. Dan Face Republic tidak terkecuali mengeluarkan produk penjagaan kulit minimalis yang memberi tumpuan kepada kulit dan gaya hidup Malaysia – mudah, sihat, berseri.
Fakta Face Republic
Warna dan pembungkusan produk Face Republic mengambil inspirasi daripada pakaian tradsional Korea iaitu Hanbok. Kesemua produk Face Republic dibuat di Korea dengan bahan-bahan semulajadi yang bersih dan bebas sumber haiwan.
Rangkaian Produk Face Republic
Face Republic Gold Mineral Cleanser (100ml), RM34.90
Pembersih ringan yang kaya dengan antioksidan. Terhasil daripada formula Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract dan Panax Ginseng Root Extract, berfungsi dengan baik untuk menghilangkan kotoran dan minyak tanpa menarik kelembapan kulit.
Face Republic Super Screen Sun Gel SPF50+ (50ml), RM45
Face Face Sun Gel SPF 50+ dengan PA +++ adalah krim pelindungan matahari patut dimiliki. spektrum pelindung matahari yang luas tetapi lebih sejuk. Ia adalah formula yang tidak melekit, tidak berminyak dari bahan-bahan Niacinamide dan Aloe Barbadensis Leaf Extract. Formula Sun Gel yang ringan boleh memberi perlindungan matahari sepenuhnya pada sarah disamping sebagai pelembap juga.
Face Republic Crystal Glow Whitening Cream (30ml), RM43.90
Pelembap kulit yang menyegarkan lahir daripada bahan-bahan wira seperti Niacinamide dan Sodium Hyaluronate yang secara semulajadi meringankan bintik-bintik gelap, memberikan anda cahaya yang sihat supaya anda hanya mengenakan mekap yang minima atau melangkaui sepenuhnya.
Face Republic Perfect Cover BB Cream (40ml), RM49.90
Bila anda lengkap dengan rutin di atas, anda tidak perlu lagi mengenakan asas yang tebal memadai BB Cream. Face Republic BB Cream memberi litupan sederhana tetapi berkesan dan mencerahkan kulit. Pilihan tona warna yang semula jadi sesuai untuk setiap jenis kulit – cerah hingga ke sawo matang.
Face Republic Sleeping Beauty Face Mask (setiap satu), RM4.60
K-beauty tanpa face mask sama sekali tidak lengkap! Aplikasikan ke wajah sebelum tidur meninggalkan kesan tenang, hidrat, remajakan kulit, menyegarkan serta anti-penuaan.
Anda boleh mendapatkan rangkaian Face Republic di Guardian sekarang. Untuk info lanjut, sila ke Facebook Face Republic.