Makanan

Banyak Garam Sebab Gula-Gula “Himalaya Salt” Tak Bagus Untuk Kesihatan

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Banyak Garam Sebab Gula-Gula “Himalaya Salt” Tak Bagus Untuk Kesihatan

Anda mesti pernah merasai gula-gula “Himalaya Salt Sports Candy” ini bukan?

IKLAN

Gula-gula ini terlampau popular sehinggakan wujud pengeluaran palsu dan kebaikannya dipertikaikan. Gula-gula ini diinfus dengan khasiat garam gunung asli dan dikhabarkan mampu meningkatkan stamina bagi yang gemar bersukan juga! Jadi kerana itu namanya dipanggil “Himalaya Salt Sports Candy”.

Foto – Facebook/Big Foot Malaysia

Baca : Ini Perbezaan Gula-Gula Himalaya Salt Sports Candy Yang Asli Dan Tiruan

Gula-gula unik ini mengandungi lebih 80 kandungan mineral asli termasuklah potassium, magnesium dan kalsium yang sangat dibutuhkan tubuh badan manusia. Tetapi sayangnya baru-baru ini tular cerita keberkesanan gula-gula Himalaya Salt dipertikaikan.

Baca : Korang Wajib Cuba Rasa Gula-Gula Garam Gunung “Himalaya Salt Sports Candy” Ni!

Kenapa Tidak Boleh Makan Sembarangan?

Walaupun salah satu bahan yang terkandung dalam gula-gula ini adalah garam Himalaya, ia tetap sodium dan kandungan garamnya tetap sama dengan garam biasa. Anda tidak boleh menambahkan pengambilan sodium secara berlebihan setiap hari.

Makanan yang anda makan setiap hari sudah mengandungi banyak kandungan garam, dan ia bukanlah satu cara yang baik untuk kesihatan anda jika anda menambahkannya lagi melalui gula-gula ini.

Foto – The Vocket

Menurut Persatuan Jantung Amerika, mereka mencadangkan untuk setiap individu agar mengambil tidak lebih daripada 2,300 milligram garam setiap hari. Jika anda mengambil terlalu banyak kandungan garam setiap hari, buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan lebihan sodium dalam tubuh. Garam yang banyak di dalam darah akan menyukarkan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa cecair dengan berkesan.

Kami juga tidak mengatakan bahawa gula-gula biasa lebih sihat. Jika sports candy tinggi kandungan sodium, gula-gula biasa pula tinggi kandungan gula. Kedua-duanya mempunyai mudarat jika anda memakan secara berlebihan.

IKLAN

Dah jelaskan. Bukan tidak boleh makan tapi berpadalah dan ambil dalam jumlah kuantiti yang sedikit.