Info Menarik

Budak Perempuan 8 Tahun Kacukan Jamaica Digelar “Paling Cantik Di Dunia”

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Budak Perempuan 8 Tahun Kacukan Jamaica Digelar “Paling Cantik Di Dunia”

Thylane Blondeau, pernah bergelar “paling cantik di dunia” seusia 10 tahun. Kini muncul pula model kanak-kanak yang lagaknya persis Thylane Blondeau dilabel “paling cantik di dunia”. Semuanya kerana gambar yang dikongsi di Instagram.

IKLAN
Foto – Dailymail

Baca : Pernah Digelar “Kanak-Kanak Paling Cantik di Dunia”, Gadis Kecil Sudah Meningkat Remaja

Baru 8 Tahun

Kya-Shae Walker, 8, dilahirkan di London dan tinggal di Bristol bersama ibunya Claudia Rigg, 32, dan abang Cavalli, 12.

Bukan biasa-biasa, budak perempuan 8 tahun mempunyai darah kacukan Inggeris dan Jamaica. Telah mencipta nama lebih satu tahun dalam dunia modelling untuk jenama TK Maxx, Trapstar, Jessie and James, serta beberapa editorial majalah.

Kya bersama ibunya, Claudia dan abang Cavalli. Foto – Dailymail

Kya mempunyai hampir 1000 pengikuti di halaman Instagramnya @kyashaewalker, yang ditubuhkan oleh ibunya Claudia pada Mac tahun ini, dan gambarnya menjana beratus-ratus tanda suka, dengan ramai yang meninggalkan komen mengagumi kecantikannya.

Iras Thylane Blondeau

Ibu Kya, Claudia meneceritakan bagaimana nenek Kya begitu menyukai model Thylane Blondeau dan sering memuji kecantikannya.

Foto – Arkib Wanista

“Ya mereka mempunyai rupa paras yang sama. Kami semua sangat berbangga dengannya dan saya rasa Kya diam-diam menyukai perhatian yang diperolehnya daripada orang ramai!”

Bergelar Model

Claudia memberitahu bagaimana rakan-rakan dan keluarga menggalakkannya memasukkan Kya dalam bidang peragaan dari usia muda.

Selepas menghantar beberapa gambar, Kya telah ditandatangani dengan agensi pemodelan kanak-kanak Grace dan Galor – dan ibunya berkata dia suka berada di hadapan kamera.

IKLAN
Foto – Dailymail

“Kami belum pernah shooting di luar negara, tetapi ia adalah impian Kya melakukan shooting di tempat luar dari London,” jelas Claudia lagi.

Nak lihat gambar-gambar Kya, follow Instagramnya – SINI.

RUJUKAN