Hiburan

Konsert Kumpulan K-Pop, D-Crunch Batal Kerana Isu Gay

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Konsert Kumpulan K-Pop, D-Crunch Batal Kerana Isu Gay

Konsert kumpulan K-Pop terbaru D-Crunch di batalkan pada saat akhir. Kumpulan D-Crunch yang telah mendapat kepastian untuk membuat persembahan sempena ulang tahun Hubungan Diplomatik Korea-Kuwait ini tidak dapat membuat persembahan gara-gara isu gay.

IKLAN

Menurut Koreaboo, sembilan ahli kumpulan band lelaki ini telah membuat pengumuman bahawa mereka akan membuat persembahan sempena ulang tahun Hubungan Diplomatik Korea-Kuwait di negara tersebut yang terletak di semenanjung Arab.

Foto – Al Bawaba

Namun khabar berita gembira tersebut berakhir apabila persembahan kumpulan D-Crunch di batalkan pada saat-saat akhir. Berikutan khabar berita sedih ini diumumkan sendiri oleh D-Crunch di atas pentas persembahan dan mereka meminta maaf kepada peminat mereka kerana tidak dapat membuat persembahan.

Maaf kerana tidak dapat menunjukan persembahan kami kepada kamu semua. Kami akan kembali semula dengan segera. Terima kasih semua. – Jelas salah seorang dari ahli kumpulan D-Crunch

Personaliti televisyen Kuwait, Yousef Al Saleh melihat ahli kumpulan tersebut kelihatan keliru dan sedih. Tiada sebab diberikan berikutan pembatalan konsert berkenaan dan kebanyakan pihak berkuasa seperti ingin melupakan apa yang telah berlaku.

Menurut laporan tempatan pula menyatakan, beberapa sumber mendakwa pembatalan berkenaan berlaku kerana segelintir anggota kumpulan D-Crunch kelihatan tidak bermoral di Kuwait.

Foto – Asian Junkie

Portal hiburan tempatan, Foochia menjelaskan masyarakat memanggil mereka gay, sehingga mencetuskan maklumat yang tidak pasti dan maklumat tersebut di bawa ke Menteri Maklumat dan Mass Media.

IKLAN

Kumpulan D-Crunch kemudiannya memuat naik mesej di akaun sosial media

Terima kasih semua untuk layanan baik anda semua! Kami sayangkan anda juga dan satu hari nanti kami pasti akan kembali untuk bertemu dengan anda semua semula. Sayang anda semua!

#Kuwait #Thanks_to_all_my_people

Kumpulan K-Pop, D-Crunch mula debut pada bulan Ogos tahun lepas dan mengeluarkan lagu kedua mereka pada bulan Mei lalu yang berjudul EP, M0527. Kumpulan yang dianggotai sembilan orang ini adalah Hyunwook, Hyunho, O.V, Hyunoh, Hyunwoo, Minhyuk, Chanyoung, Jungseung dan Dylan.

Setakat ini kumpulan band lelaki ini telah mengeluarkan tiga lagu solo iaitu Palace, Stealer dan Are You Ready?. Meski isu pembatalan konsert ini membuatkan ramai peminat dan D-Crunch kecewa, tetapi di masa akan datang pastinya ada peluang lagi untuk membuat persembahan di sana.

Rujukan: 1, 2, 3