Fesyen

Kareena Kapoor Serba Ringkas Bermerah Jambu Sambut Diwali

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kareena Kapoor Serba Ringkas Bermerah Jambu Sambut Diwali

Masih belum terlambat untuk Wanista ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada pembaca yang beragama Hindu. Semoga menyambut perayaan dalam keadaan bahagia, penuh kegembiraan dan warna-warni hendaknya.

IKLAN

Bila bercakap pasal perayaan, fesyen setiap selebriti pasti menjadi tontonan kita. Tidak ketinggalan bintang Bollywood yang tampil menawan dalam persalinan tradisional India menyambut pesta cahaya.

Foto – Pinkvilla

Dalam banyak-banyak, Kareena Kapoor paling penulis suka. Walaupun serba ringkas mengenakan shalwar kameez rona pastel merah jambu dengan perincian sulaman tapi dia masih kelihatan manis berseri.

Lagi pula hanya mengenakan solekan minimal dan rambut dibuat ponytail,  Kareena ternyata masih mempesona dengan kecantikan semulajadi. Kita yang melihatnya langsung tidak jemu.

Foto – Pinkvilla

Ditemani si kecil Taimur Ali Khan yang juga memakai merah jambu dan kakaknya Karisma Kapoor meriah dengan kombo hot pink menyerlahkan lagi kejelitaan.

Foto – Pinkvilla

Keluarga Kapoor sememangnya dikenali sebagai salah satu keluarga paling bergaya dalam industri Bollywood selama beberapa dekad, lagi pula dengan generasi muda seperti Jhanvi Kapoor, Sonam Kapoor, Sara Ali Khan serta ramai lagi dengan gaya glamor mereka.

Foto – Pinkvilla

Kalau dekat Bollyood, adik-beradik Kapoor paling popular. Dekat Malaysia siapa agaknya?

IKLAN