Doktor pakar pembedahan plastik, Norman Rowe memaklumkan ramai pesakitnya meminta untuk diri mereka kelihatan seperti selebriti terkenal seperti Kim Kardashian, Kylie Jenner, Serena, Venus Williams dan Jennifer Aniston untuk sambutan Halloween tahun ini.
Menurut doktor Norman Rome, ramai diantara pesakitnya meminta untuk membuat lips fillers, cheek fillers, suntikan punggung (InstaButt) dan suntikan payudara (InstaBreast) agar mereka kelihatan sama seperti selebriti kegemaran mereka sempena sambutan Halloween ini.
Antara 10 hingga 15 pesakit yang mendapatkan rawatan rata-rata mereka minta untuk buatkan bibir mereka kelihatans seperti bibir Kylie Jenner dengan menggunakan suntikan lips filler yang mengandungi asid hyaluronik yang mampu bertahan diantara enam hingga dua belas bulan.
Selain daripada itu, doktor Rowe turut menyatakan ramai pesakitnya meminta untuk membuat InstaBreast dan InstaButt pada tubuh mereka untuk kelihatan menawan apabila memakai kostum untuk parti Halloween nanti.
Permintaan Untuk Kelihatan Seperti Kim Kardashian Paling Popular!
Tahun ini ramai pesakit doktor Rowe baik pesakit lama mahupun yang baru, masing-masing menyatakan mahu diri mereka kelihatan seperti selebriti terkenal Kim Kardashian, Kylie Jenner, Serena, Venus Williams dan Jennifer Aniston adalah nama-nama pilihan selebriti yang paling ramai di pilih oleh pesakitnya.
Doktor Rowe juga turut berkongsi bahawa selebriti terkenal Jennifer Aniston juga turut membuat suntikan pada wajahnya.
Beberapa tahun yang lalu, Jennifer Aniston telah meminta untuk kelihatan ala-ala girl-next-door.
Lalu saya berikan suntikan cheek fillers pada pipinya. – Jelas doktor Norman Rowe
Sanggup Berhabis RM23K Demi Kelihatan Seperti Selebriti!
Tidak dinafikan suntikan kosmetik mempunyai kesan sampingan yang tersendiri kepada si pemakai. Menurut Bitar Cosmetic Surgery Institute, apabila suntikan larutan air garam hilang kesannya, ia akan menyebabkan payudara menjadi longgar. Dan jika yang wanita berusia yang sememangnya memiliki kulit yang kendur dan tidak elastik mengambil suntikan pada payudara, mereka berkemungkinan untuk mendapat risiko jangkitan suntkan tersebut.
Tambahan lagi suntikan tersebut sangat mahal, untuk membuat lip fillers bernilai $500 atau RM2000. Manakala cheek fillers pula bernilai $1000 atau RM4184, bagi yang ingin mengambil suntikan InstaBreast bernilai $4500 atau RM18,828 dan suntikan InstaButt pula bernilai $5500 atau RM23,012.
Sanggup betul berhabisan duit demi nak kelihatan serupa dengan selebrti kegemaran sempena sambutan Halloween tahun ini!