Tips

Tips Cegah Buli Siber Ikut Cara Artis

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tips Cegah Buli Siber Ikut Cara Artis

Beberapa minggu sudah kita dikejutkan dengan kematian artis Korea Sulli yang mengambil nyawa sendiri dengan membunuh diri. Menurut siasatan, artis muda ini mengalami kemurungan paling ekstrem akibat daripada buli siber yang dialami selama ini.

IKLAN

Baca : Buli Siber Punca Kematian Bintang K-Pop Sulli

Siapa sangka buli siber boleh mengakibatkan seseorang merana gangguan jiwa, sekaligus mengambil tindakan drastik sebegini.

Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, emel, laman media sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

Foto – Dailymail

Jenis-jenis buli siber:

  • Mesej yang mengganggu dan mengancam.
  • Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
  • Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
  • Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
  • Sexting (tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
  • Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.

Dunia teknologi yang penuh canggih sebegini, golongan selebriti adalah individu yang sinonim dengan buli siber. Mungkin disebabkan status mereka yang public figure, jadi mudah untuk orang awam mengkritik, menilai, atau mencemuh setiap pergerakan dan tindakan mereka.

Foto – Cinema Online

Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Bayangkan selebriti seperti Neelofa yang sentiasa dikritik fesyennya, Emma Maembong pula sejak membuka tudung setiap tindak-tanduk diperhati, Mira Filzah dikatakan makin seksi, serta bermacam lagi hal.

Bila mereka memberi pandangan, berkongsi video atau gambar – mulalah ada netizen yang selesa membawang tanpa mempedulikan perasaan si artis tersebut. Sehingga kita pengguna yang membaca komen terkejut dan takut melihat kerakusan netizen yang rancak menulis.

Foto – IDN Times

Bagi mencegah buli siber, beberapa selebriti punya cara tersendiri agar tidak menjadi mangsa;

IKLAN

Tutup Ruang Komen

Taylor Swift antara selebriti yang dilihat menutup ruangan komen pada laman sosial Instagram. Katanya dengan cara itu, dia dapat melatih minda untuk tidak bergantung kepada apa yang dilihatnya, sama ada positif atau negatif. Bukan itu sahaja, dia juga menghalang sesiapa membaca dan melihat sebarang komen negatif yang hanya akan menyakitkan jiwa dan raga sahaja.

Terhadkan Komen

Di sini bermaksud hanya individu tertentu sahaja yang boleh memberikan komen. Mungkin kenalan rapat dan hanya komen berbaur positif sahaja yang dibenarkan. Selebriti Nora Danish antara yang menggunakan filter ini. Dia mengehadkan komen untuk setiap gambar dan video, rata-rata komen positif sahaja yang memenuhi ruang. Bila kita terhadkan komen, individu busuk hati aka haters tidak akan menyibuk di wall kita lagi.

Foto – Cinema Online

Padam Aplikasi Media Sosial

Selena Gomez mendedahkan dalam temubual Live with Kelly and Ryan bahawa dia telah memadamkan aplikasi Instagram dari telefon kerana ia membuatnya berasa tertekan dan murung. Setiap kali ingin menggunakan Instagram, dia akan meminjam telefon kawannya.

Block Individu Yang Beri Komen Negatif

Memetik kata-kata Rozita Che Wan atau Che Ta, dia dengan senang hati akan block individu yang memberikan komen negatif di Instagram. Apabila block, individu itu tidak akan datang melawat dan mengganggu IG-nya lagi dan dia hanya akan kompromi dengan orang yang baik-baik dan positif sahaja.

Foto – mStar

Ambil Tindakan Undang-Undang

Sejak kes Sulli, rata-rata selebriti Korea seperti Sunmi, IU dan BTS mengambil pendekatan tindakan undang-undang terhadap individu yang mencetuskan buli siber – kebanyakan mereka yang mengeluarkan kata-kata fitnah, tohmahan, menyerang hak privasi, mengancam serta pelbagai lagi anasir jahat yang boleh memusnahkan kerjaya selebriti.

Tahukah, buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri, lihat sahaja contoh pada bekas ahli kumpulan f(x) Sulli.

Semoga kes sebegini tidak lagi berlaku dan setiap negara mengambil serius akan isu buli siber seterusnya kesihatan mental.

Selamat Beramal!

RUJUKAN