Terbayang-bayang melihat lanskap putih sajlu sambil menghidup air coklat panas, pastinya perasaan nikmat itu sukar diungkap dengan kata-kata! Tak sabar rasanya ingin menunggu untuk bercuti bersama keluarga pada hujung tahun ini untuk menikmati musim sejuk sambil menaiki kereta api eksklusif!
Ya, berjalan-jalan makan angin sambil menikmati panorama alam semulajadi di Swiss Alps menjadikan lokasi tersebut destinasi yang cukup sesuai untuk percutian pada musim sejuk ini nanti.
Percutian yang santai dengan menaiki kereta api Glacier Express menawarkan panorama terbaik untuk percutian musim sejuk pada akhir tahun ini nanti. Perjalanan yang eksklusif ini memberikan saat terindah untuk diabadikan bersama keluarga dan sahabat handai.
Switzerland merupakan sebuah negara yang sangat luas dan besar, terdapat banyak lokasi yang memberikan pelbagai panorama semulajadi dan budaya yang cukup berharga dan tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Untuk menjelajah di sekitar Swiss Alps di Switzerland ini akan sukar dek kerana kamu harus memperuntukan masa untuk menjelajah di setiap destinasi yang ada di Swiss Alps.
Selain itu, jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain juga agak jauh, tetapi dengan menerusi Glacier Express, kereta api eksklusif ini akan bawa kamu semua merasai perjalanan percutian yang santai dengan panorama yang mengasyikan dengan kereta api bertaraf kelas pertama.
Perjalanan 8 Jam Bawa Pelancong Dari Zermatt Ke St.Moritz
Perjalanan dengan menaiki Glacier Express yang popular ini membawa kamu menjelajah sepanjang 300 kilometer di Swiss Alps dengan perjalanan selama lapan jam dengan panorama yang mengasyikan di antara St.Moritz dan Zermatt.
291 Jambatan Dan 91 Terowong Umpama Laluan Misteri Keretapi Dalam Filem Harry Potter
Perjalanan sejauh 300 meter dengan menaiki keretapi ini akan melalui 291 jambatan panjang dan 91 terowong! Setiap laluan ke jambatan dan terowong untuk sampai ke satu destinasi ke destinasi yang lain, bakal memberi pengalaman seperti menaiki keretapi misteri di dalam filem Harry Potter dek kerana perlu melalui berpuluh jambatan dan terowong.
Apa yang menarik adalah setiap kali keretapi melalui jambatan dan terowong tersebut, pelancong akan dapat melihat panomara yang memukau mata dan jiwa!
Panorama Yang Cukup Memukau Jiwa
Menaiki keretapi bertaraf kelas pertama ini akan membuatkan pelancong melupakan seketika kesibukan kota dan segala tugasan kerja di belakang minda. Keretapi yang besar, luas dan mewah ini memberikan tempat duduk yang cukup selesa dengan tingkap cermin yang besar dan luas memberikan sudut pandangan panorama yang gempak!
4 Bahagian Laluan Swiss Alps Sembunyi Beribu Rahsia Alam
Glacier Express membawa pelancong melihat pergerakan glasier yang berlaku di atas kawasan pergunungan bersalji ini. Meskipun berlaku pergerakan glasier, perjalanan keretapi tidak akan terganggu dan pelancong akan berasa selamat dengan laluan yang diambil.
Malah jarak glasier berlaku juga jauh, menerusi perjalanan selama lapan jam ini, kamu akan melihat empat laluan untuk menuju ke destinasi dari:
- Zermatt ke Brig
- Brig ke Andermatt
- Andermatt ke Chur
- Chur ke St.Moritz
- atau Chur ke Davos
Setiap lokasi laluan menawarkan panorama yang berbeza-beza, jadi tidak hairanlah saban tahun ramai pelancong akan membuat tempahan untuk menaiki keretapi ini untuk menjelajah Swiss Alps dengan selesa dan berpuas hati.
Servis Bertaraf 5 Bintang Untuk Kabin Kelas Pertama Dan Kedua
Glacier Express menawarkan pakej kabin kelas pertama dan kedua buat pelancong yang inginkan menikmati percutian dengan menaiki keretapi panorama ini. Siapa kata kabin kelas kedua tidak di tawarkan servis bertaraf lima bintang, Glacier Express memberikan layanan istimewa dan sama buat kabin kelas pertama dan kelas kedua.
Malah, para pelancong dapat menikmati panorama dengan selesa dengan kabin yang mewah. Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan sekarang dan alami percutian panorama yang terindah dengan menaiki keretapi bagi menjelajah seluruh kawasan Swiss Alps ini!