Fesyen

3 Koleksi Kasut Nike Air Force 1 Lambang Kekuatan & Keyakinan Wanita

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
3 Koleksi Kasut Nike Air Force 1 Lambang Kekuatan & Keyakinan Wanita

Nike kini tampil dengan koleksi kasut yang dinamik dan gempak khas untuk para wanita yang ingin serlahkan keyakinan kekuatan diri. Menerusi rekaan terbaru ini, Nike bawakan rekaan terulung untuk para wanita yang inginkan sesuatu yang baru dan mencabar.

IKLAN

Nike menampilkan rekaan kasut yang berstail, selesa, memberi impak berkeyakinan kepada si pemakainya. Tiga koleksi kasut Nike Air Force 1 ini bakal memberi pengalaman baharu kepada wanita, dengan kombinasi warna-warna menarik mengikut rekaan koleksi pasti dapat menarik perhatian para wanita yang inginkan sesuatu yang mencabar!

Foto – Arkib Wanista

Setiap perincian untuk koleksi kasut Nike Air Force 1 yang dihasilkan berinspirasikan daripada Shadow, Reflective dan Shell. Ia memberikan elemen dan karakteristik yang menarik pada kasut wanita Nike Air Force 1 ini.

Perincian yang melambangkan keberanian dan dalam masa yang sama memiliki sentuhan elegan membuatkan koleksi kasut wanita terbaru ini lain dari koleksi kasut Nike yang sebelumnya.

Kasut Nike Air Force 1 Shadow

Foto – Arkib Wanista

Untuk kasut wanita Nike Air Force 1 Shadow ini di datangi dengan dua variasi warna, setiap pasang kasut memiliki kombinasi warna-warna unik dan tersendiri menghasilkan karakteristik yang menarik mengikut kehendak para wanita.

Foto – Arkib Wanista

Kombinasi warna-warna blok dan pastel memberikan kelainan, berani, dinamik dan idea yang segar di samping menawarkan keselesaan yang maksimum kepada si pemakai.

Kasut ini telah mula dilancarkan pada 3 Oktober 2019 di seluruh cawangan Nike yang terdapat di seluruh dunia. Jom apa lagi, serbu outlet Nike hari ini dan dapatkan kedua-dua atau salah satu kasut wanita Air Force 1 Shadow ini.

Kasut Nike Air Force 1 Shell

Foto – Arkib Wanista

koleksi kasut wanita Nike Air Force 1 Shell ini juga hadir dengan dua warna kasut iaitu hitam dan juga krim. Menariknya kasut Nike Air Force 1 Shell ini sangat ringan! Malah rekaan kasut juga bukan biasa-biasa, lihat pada bahagian badan kasut yang menggunakan jaket shell yang kalis air ini sangat gempak.

Jaket yang terdapat pada kedua-dua kasut ini boleh di selaraskan mengikut selesaan si pemakai. Dan spray DWR yang terdapat pada kasut ini dapat membantu menghalang kaki daripada berasa sejuk dan kaku.

IKLAN
Foto – Arkib Wanista

Kasut Nike Air Force 1 Shell ini direka untuk para wanita yang ingin tampil kelihatan berstail dan elegan pada musim sejuk. Koleksi kasut ini akan dilancarkan pada 1 November 2019 ini nanti. Jadi jangan lepaskan peluang, rebut kasut wanita Nike Air Force 1 Shell ini di outlet Nike berhampiran dapat awal bulan November ini nanti.

Kasut Nike Air Force 1 Reflective

Foto – Arkib Wanista

Rekaan kasut Nike Air Force 1 Reflective pula menampilkan dua warna yang cukup popular iaitu warna hitam dan putih. Kasut wanita bagi koleksi Nike Air Force 1 Reflective ini menampilkan rekaan yang ringkas tetapi dalam masa yang sama memberikan sentuhan dinamik kepada si pemakai.

Kasut Nike Air Force 1 Reflective yang berwarna hitam ini memiliki tali kasut, tapak bahagian dalaman kasut dan perkataan ‘AIR’ dengan warna biru terang yang memberikan kontras rona hitam dan biru yang gempak.

Foto – Arkib Wanista

Manakala bagi kasut Nike Air Force 1 Reflective yang berwarna putih pula memiliki tali kasut, tapak bahagian dalaman kasut dan perkataan ‘AIR’ dengan warna kuning terang yang memberikan kontras warna diantara putih dan kuning dengan elemen berstail dan elegan.

Kasut wanita Nike Air Force 1 Reflective ini bakal memasuki pasaran tempatan pada 1 Disember 2019 ini. Jadi sama-sama kita nantikan kasut gempak ini dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut Nike untuk serlahkan kekuatan dalaman diri!

Untuk mengetahui koleksi kasut-kasut daripada Nike, layari laman web Nike dan pilih koleksi kasut yang diminati.