Makanan

Subway Buat Promosi Beli 1 Percuma 1, Sempena Hari Sandwich Sedunia

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Subway Buat Promosi Beli 1 Percuma 1, Sempena Hari Sandwich Sedunia

Sempena menyambut Hari Sandwich Sedunia, Subway Malaysia membuat promosi beli 1 percuma 1 pada 31 Oktober 2019. Peminat roti Subway pastinya tertunggu-tunggu apa lagi promosi gempak yang bakal dibuat oleh Subway bukan, dan setiap kali promosi yang dijalankan diumumkan pastinya ramai peminat roti Subway mula membanjiri outlet Subway di seluruh negara!

IKLAN

Subway yang menawarkan pelbagai rangkaian roti kesihatan dengan diet pemakanan yang seimbang ini sangat popular di Malaysia terutama di kalangan yang menjaga diet pemakanan sihat.

Foto – Saving Kaki

Pada penghujung bulan Oktober ini, Subway menawarkan roti sandwich secara percuma apabila pelanggan membeli mana-mana set 6″ inci roti sandwich dan air minuman 22oz di mana-mana cawangan Subway di seluruh Malaysia.

Foto – KL Foodie

Hari Sandwich Sedunia yang jatuh pada 3 November pada setiap tahun ini, membuatkan kedai-kedai roti di seluruh dunia menawarkan promosi pembelian roti dengan tawaran promosi yang murah dan menjimatkan.

Foto – wesellrestaurants.com

Begitu juga dengan Subway Malaysia, di mana promosi ‘Buy 1 Free 1’ atau ‘Beli 1 Percuma 1’ ini akan membuatkan pencinta roti tak sabar untuk menyerbu outlet Subway pada 31 Oktober 2019 ini nanti!

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan roti sandwich Subway menerusi promosi hangat ini. Pastinya tidak rugi membeli dan pelanggan juga dapat berkongsi nikmat makanan lazat ini bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Simpan tarikh keramat 31 Oktober 2019, beli mana-mana set 6″ inci roti sandwich Subway berserta air minuman 22oz dan dapatkan satu roti sandwich subway secara percuma!

 

Rujukan

IKLAN