Hiburan

Adele Sekarang Dah Kurus, Lihat Penampilan Makin Seksi Dan Mengancam

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Adele Sekarang Dah Kurus, Lihat Penampilan Makin Seksi Dan Mengancam

Hadir ke parti ulang tahun Drake yang ke-33, Adele pukau netizen dengan penampilan paling mengancam, sempurna bahkan seksi dalam gaun kemban rona hitam.

IKLAN
Foto – Getty

Penampilan penyanyi yang pernah merangkul anugerah Grammy cukup mengagumkan. Dia dilihat makin susut dan mengalami penurunan berat badan yang kenara, berbanding dengan Adele yang dulu yang lebih ‘besar’ dan berisi.

Foto – Arkib Wanista

Rata-rata komen netizen seakan tidak percaya dengan Adele sekarang yang sudah kurus dan makin cantik.

Pada ulang tahun yang ke-31 Mei lalu, Adele mendedahkan bagaimana perpisahan menjadikan dia lebih kuat dan mahu berubah. Adele mula mendaftar pilates dan bekerja keras mendapatkan bentuk badan ideal di samping kebahagiaan diri sendiri. Dan ternyata ini hasil titik peluhnya selama ini… memang worth it.

Foto – Dailymail

“Buat pertama kalinya saya bersedia menghadapi dunia di sekeliling dan saya mencari lagi… Belajar untuk benar-benar menyayangi diri sendiri, dan saya hanya menyedari bahawa itu lebih daripada cukup, ” ucapnya.

Adele dan suaminya usahawan Simon Konecki mengumumkan perpisahan mereka pada bulan April. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Angelo, 7 tahun.

Foto – Arkib Wanista

Good for you, Adele!

IKLAN