Kesihatan

Tapak Kaki Gatal? Ini Penyebab Dan Cara Merawat

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Tapak Kaki Gatal? Ini Penyebab Dan Cara Merawat

Pernah atau tidak anda mengalami gatal-gatal pada tapak kaki? Bukan pada keseluruhan kaki tapi hanya tapak kaki sahaja. Gatal yang menyengat sehingga anda asyik tergaru-garu dan tidak selesa.

IKLAN

Ada orang kata tapak kaki gatal menandakan anda ingin berjalan jauh, macam melancong ke luar – tapi itu merupakan kata-kata orang yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya.

Tapi dari segi fakta kesihatan pula bagaimana? Apa sebab tapak kaki tiba-tiba gatal, adakah petanda kesihatan yang menjejaskan diri kita?

Foto – Health

Apa Sebab Tapak Kaki Gatal?

Athelete’s Foot

Athelete’s foot atau dikenali juga sebagai ‘tinea pedis’. Tinea pedis merupakan satu jangkitan kulat yang berlaku pada telapak kaki atau di celah-celah jari kaki. Masalah ini sememangnya akan mengakibatkan kegatalan pada tempat tersebut. Kulit ini seringkali membiak di tempat-tempat yang basah atau lembap dan sekiranya seseorang tidak menjaga kesihatan diri.

Masalah Kutu

Satu lagi mungkin disebabkan masalah kutu yang akan makan sel kulit serta menjadikannya habitat sendiri. Masalah ini selalunya wujud dalam kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa juga boleh manjadi mangsa. Apabila kanak-kanak yang terjejas maka masalah ini akan datang pada telapak kaki, tapak tangan, muka, leher dan kepala. Apabila orang dewasa pula yang terjejas maka masalah ini akan datang di bawah payu dara, celah-celah jari dan pada siku. Hal ini jika berlarutan akan mengakibatkan kegatalan yang teramat sangat pada tempat-tempat yang terjejas terutamanya tapak kaki.

Pitted Keratolysis @ Toxic Shock Syndrome

Ini merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada tapak kaki yang boleh menyebabkan kegatalan pada tapak kaki serta bau busuk seperti bau ikan. Masalah ini disebabkan oleh pemakaian kasut yang basah, atau memijak di tempat yang lembap serta tidak menjaga kebersihan tapak kaki. Masalah ini akan wujud dalam bentuk ruam yang amat gatal.

Kulit Kering

Paling biasa adalah masalah kulit kering pada tapak kaki. Hal ini berlaku kerana apabila cuaca terlalu kering ia akan menyebabkan masalah kulit terkupas yang boleh mendatangkan kegatalan.

Gigitan Serangga

Serangga boleh mengakibatkan masalah ini ialah semut, lebah, nyamuk, kutu serta labah-labah. Kemungkinan gigitan serangga boleh mengakibatkan serangan alergi terhadap badan. Ini haruslah dirawat dengan serta-merta. Sekiranya tidak dirawat dengan segera maka boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini seperti maut.

Contact Dermatitis

Masalah ini disebabkan pelbagai perkara seperti pemakaian selipar atau kasut yang tidak sesuai dengan kaki. Kemungkinan besar alas kaki yang digunakan mempunyai produk atau bahan kimia yang sensitif terhadap tapak kaki kita yang boleh menyebabkan kegatalan di tapak kaki.

IKLAN

Cara Merawat Tapak Kaki Gatal

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk merawat tapak kaki gatal, semuanya bergantung kepada penyebab utama yang menyebabkan tercetusnya masalah ini.

Jika teruk gatal pada tapak kaki, seeloknya jumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan susulan. Jika tidak berjumpa dengan yang pakar maka kita sendiri tidak tahu keadaan diri.

Jaga diri anda semua dan selamat beramal!

RUJUKAN