Fesyen

Koleksi Istimewa Barang Kemas Poh Kong Raikan Pesta Diwali 2019

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Koleksi Istimewa Barang Kemas Poh Kong Raikan Pesta Diwali 2019

Sempena meraikan sambutan hari perayaan Deepavali yang bakal tiba pada penghujung bulan Oktober ini, Poh Kong tampilkan rekaan barang kemas yang istimewa bagi menyambut pesta cahaya pada tahun ini dengan beberapa koleksi terbaru. Tiada apa yang dapat menggembirakan hati wanita dengan pemberian barangan kemas yang sangat cantik dan mewah!

IKLAN

Koleksi Istimewa Diwali 2019

Poh Kong ingin memeriahkan suasana sambutan hari Deepavali dengan koleksi-koleksi barang kemas istimewa yang pastinya akan membuatkan mata tidak berkelip melihat rekaan barang kemas yang di pamerkan!

Koleksi BOMBAY

Foto – Arkib Wanista

Koleksi Bombay ini dihasilkan memberikan gaya elegan dan mewah kepada si pemakai. Rekaan set rantai emas dan cincin bersama berlian serta corak bunga mawar ini memberikan elemen feminin dengan sentuhan peribadi yang elegan. Rekaan bunga mawar sebagai rekaan utama set barang kemas ini menampilkan simbol kasih sayang, lemah lembut, kekuatan dan kecantikan semulajadi seorang wanita.

Foto – Arkib Wanista

Set barang kemas rantai dan cincin ini sesuai untuk di hadiahkan kepada ibu dan isteri sebagai tanda penghargaan pada hari diwali ini.

Bagi yang ingin mencari barang kemas yang sesuai untuk di padankan bersama sari, kurti atau shalwar kameez. Set barang kemas rantai dan subang emas yang diperbuat daripada emas 916/22k ini di ukir secara halus dan cantik dengan mempamerkan elemen tradisional dan juga budaya Hindu.

Foto – Arkib Wanista

Rekaan dan ukiran yang terdapat pada subang dan rantai ini dihasilkan dengan penuh ketelitian. Malah ia memberikan elemen sambutan pesta cahaya dengan nilai tradisi masyarakat India di Malaysia.

Foto – Arkib Wanista

Selain set rantai, cincin dan subang, wanita pastinya merasakan tidak lengkap aksesori tanpa gelang tangan dengan bunyi gemercing yang dihasilkan dek pelanggaran sesama gelang di tangan. Koleksi Bombay yang dikeluarkan oleh Poh Kong ini menampilkan dua rekaan gelang tangan yang sangat cantik dan mewah sesuai bagi menyambut hari Deepavali yang bakal kunjung pada hujung bulan ini.

Foto – Arkib Wanista

Gelang tangan emas 916/22k ini di temani dengan warna-warni yang menyemarakan lagi sambutan diwali tahun ini. Bukan saja warna yang ceria dan meriah menjadi pautan mata, malah reka bentuk gelang yang berstail menambahkan aura anggun kepada si pemakai.

Koleksi TRANZ – Love Series

Foto – Arkib Wanista

Selain koleksi Bombay, Poh Kong juga menampilkan satu lagi rekaan barang kemas bagi koleksi Tranz-Love Series. Bagi koleksi di bawah siri ini, Poh Kong tampilkan rekaan subang emas 916/22k dengan kombinasi rekaan yang menggambarkan rasa kasih sayang dan sentuhan rekaan semulajadi yang mekar selama-lamanya.

IKLAN

Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi-koleksi barang kemas Poh Kong, layari laman web Poh Kong dan pilih rekaan barangan kemas yang diminati.