Muzik

Lagu Baru Selena Gomez “Lose You To Love Me” Tentang Siapa? Justin Atau The Weeknd?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Lagu Baru Selena Gomez “Lose You To Love Me” Tentang Siapa? Justin Atau The Weeknd?

One of the best song for 2019, so far!

IKLAN

Akhirnya penyanyi genit Selena Gomez comeback dengan lagu baru yang cukup menusuk kalbu berjudul “Lose You To Love Me”.

Trending di kesemua social media platform, lagu baru penyanyi berusia 27 tahun ini terus mendapat sambutan hangat, di Youtube sahaja sudah menerima lebih 15 juta tontonan dalam masa 21 jam.

Foto – Studio

Muzik video hitam putih yang diambil menggunakan peranti iPhone telah membawa peminat membuat teori tentang siapa lagu Lose You To Love Me ditujukan. Beberapa nama telah naik seperti Justin Bieber dan The Weeknd, tapi anda rasa siapa agaknya individu yang telah meremukkan pintu hati Selena Gomez?

Lose You To Love Me – Selena Gomez

Bait-bait lirik Lose You To Love Me menceritakan bagaimana sebuah perhubungan telah memakan diri, mula mencari diri sendiri dan belajar untuk menerima dan sayangi diri sendiri, mengenali harga diri – pendek kata it’s all about self-love and self-care.

Sebaik sahaja release, peminat yakin bahawa lirik ditujukan kepada lelaki yang pernah bertahta di hati Selena – Justin Bieber, bagaimana perpisahan pada tahun 2018 betul-betul menghancurkan hatinya.

Berikut antara komen-komen peminat yang mengeluarkan teori mereka sendiri.

“Question…Is this more about Justin or The Weeknd..? Anyhow, the song is amazing. I’m so happy to see her back!’”

“Justin, for sure!”

IKLAN

“Definitely Justin. He got with Hailey two months after they split up.”

“My heart feels sad listening to Selena’s new song. Those lyrics are definitely directed towards Justin Bieber. I hope this song brings her some closure and she can close that book for good. She deserves to be happy!”

Foto – Glamour

Bila dilihat pada lirik jelas ada benarnya teori peminat. Justin dan Selena mula bercinta on/off dari tahun 2010 hingga 2018, di mana satu tahap Justin bertemu dengan Hailey Baldwin dan melamarnya pada Julai 2018.

Walaupun Selena tidak menyebut nama individu dalam lagu, ungkapan “In two months you replaced us/like it was easy/Made me think I deserved it”, menunjukkan timeline percintaannya dengan Justin – dia berpisah dengan Justin sekitar March 2018, diikuti dengan Justin mengesahkan dia bersama dengan Hailey hanya beberapa bulan kemudian ketika musim panas.

“Mereka berpisah pada bulan March jadi Selena berkabung sekitar April dan Mei untuk menyembuhkan diri dan kemudian Justin tiba-tiba kembali semula bersama Hailey pada bulan Jun,” teori salah seorang Selenators di Twitter.

Ada satu part Selena meluahkan kata-kata “We’d always go into it blindly,” merujuk fakta bahawa Selena dan Justin mula dating di usia sangat muda dan naif, sekitar tahun 2010 ketika Selena berusia 18 tahun dan Justin hanya 16 tahun sahaja.

Akhirnya Selena menemui diri sendiri dan menutup kisah lama seterusnya move on, tiada lagi kisah Jelena – “And now the chapter is closed and done.”

Foto – Billboard

Walau apapun yang berlaku, hanya mereka sahaja yang tahu kisah sebenar. Dan yang penting Selena sekarang berada dalam keadaan sihat, bahagia dan tidak sabar mahu mengeluarkan album penuhnya.

We love you, Selena ❤