Info Menarik

Cabar Adrenalin Korang Ke Rumah Hantu “Train To Busan” Di Genting!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Cabar Adrenalin Korang Ke Rumah Hantu “Train To Busan” Di Genting!

Oktober merupakan bulan hantu! Resorts World Genting terusan mahu memberikan yang terbaik untuk para pengunjung.

IKLAN

Terkini, rasai pengalaman paling menyeramkan ke Rumah Hantu “Train To Busan” yang julung kalinya dibuat di Resorts World Genting. 

Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting akan membuka pintunya kepada semua peminat filem tersebut. Pertama seumpamanya di dunia, Rumah Seram akan dilancarkan pada 31 Oktober 2019, dengan menghidupkan kembali filem blokbuster terkenal Korea menjadi satu pengalaman unik dan mendebarkan.

Foto – Arkib Wanista

Apa Kelainan Rumah Hantu Train To Busan?

Kerjasama dengan orang Korea sendiri

Bekerjasama dengan pemilik IP Train To Busan, Content Panda, Korea Selatan, Rumah Seram menggunakan teknologi terkini dunia digital dan realiti maya dan seseorang itu perlu merasai sendiri perasaan takut itu untuk percaya. Rumah Seram dicipta dengan teliti supaya ia memiliki jalan cerita yang sama dengan filem sebenar dan memiliki plot tambahannya sendiri.

Foto – Arkib Wanista

50 barisan pelakon dan pekerja akan berkampung

Rumah Seram akan diseramkan lagi dengan barisan 50 pelakon dan pekerja , yang akan dipilih mengikut saiz fizikal dan kemahiran berlakon. Bekerja mengikut syif, para pelakon – kesemuanya rakyat tempatan – akan memainkan peranan sebagai zombie dan mangsa yang terselamat dalam menghidupkan jalan cerita.

Foto – Arkib Wanista

Set pembikinan rumah hantu yang gerun

Set pembikinan mengambil masa beberapa bulan, ia merangkumi persiapan seni, reka bentuk set, tema peralatan dan teknikal yang membuatkan ia kembali hidup. Antara highlight adalah cermin berhantu pagar sesat sebagai contoh mengambil inspirasi daripada filem Mirrors pada tahun 2008, permainan menembak VR zombie – terdapat di kawasan kem utama – menjadi lebih menarik dengan membolehkan para pengunjung menjadi tentera Korea, mempertahan kawasan kuarantin Busan daripada segerombolan zombie, sama seperti yang dilihat pada babak akhir filem tersebut.

Foto – Arkib Wanista

Jom Beli Tiket

Rumah Seram Train To Busan akan bermula pada 31 Oktoer 2019 hingga 1 Januari 2020. Dibuka bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad antara 1 November hingga 1 Disember 2019 dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.

Tiket Rumah Seram berharga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres berharga RM30.

Untuk info lanjut berkaitan tiket, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.

IKLAN