Berita & Isu Semasa

Kemaruk Nak Kulit “Tan”, Wanita Derita Kanser Kulit Sampai Rosak Muka

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kemaruk Nak Kulit “Tan”, Wanita Derita Kanser Kulit Sampai Rosak Muka

Nak hitamkan kulit satu hal, tak pakai krim pelindung matahari bikin hidup wanita ini makin haru.

IKLAN

Seorang wanita menjelaskan dia ketagih untuk menghitamkan kulit tanpa meletakkan sebarang krim pelindung matahari telah mengundangkan diri diagnosis kanser kulit.

Sarah Boyton. Foto – Caters News

Sarah Boyton, 51, terpaksa menjalani pembedahan membuang kanser dari bawah matanya selepas didiagnosis, dengan meninggalkan parut berukuran 5cm.

Tak Pernah Pakai Krim Pelindung Matahari

“Saya suka berbaring di bawah sinaran matahari. Lagi-lagi terasa kehangatan matahari pada setiap tusuk tubuh. Saya tahu saya tidak patut lakukannya tapi saya tidak dapat menahan diri.

“Saya ketagih untuk miliki kulit coklat dan hanya akan berhenti apabila saya rasa sudah puas. Selama membesar, saya tidak pernah memakai krim pelindung dan saya langsung tidak peduli asalkan mendapat warna kulit tan idaman,” jelasnya lagi.

Sarah Boyton selepas operasi pertamanya untuk menghapuskan pertumbuhan kanser. Foto – Caters News

Ternyata tindakan ‘bodoh’ itu telah memakan diri. Dia memberi amaran kepada orang ramai tentang bahayanya matahari pada kulit dan sentiasa memakai pelindung. Difahamkan Sarah mula didiagnosis kanser kulit pada Oktober 2019 tetapi tidak hirau dan terus melakukan aktiviti tanning setiap tahun.

Operasi kanser kulit telah meninggalkan parut di bawah matanya. Foto – Cater News

Sekarang dah tahu padah sinaran matahari pada kulit. Ia bukan sahaja membuatkan kulit nampak tua, tidak sihat malah paling teruk kanser kulit yang hanya membinasakan diri sendiri.

Baca :ย Cara Betul Pilih Krim Pelindung Matahari SPF Ikut Jenis Kulit

Ingat keluar rumah tolonglah pakai krim pelindung matahari!

IKLAN

RUJUKAN