Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkon melucutkan pelantikan diraja dan gelaran ketenteraan yang diberikan kepada gundik rasmi beliau kerana didakwa “tidak setia kepada raja” dan bersaing dengan Permaisuri Suthida.
Pengumuman tergempar ini mengejutkan dunia, ini kerana baru beberapa bulan yang lalu Raja Thailand telah menabalkan gundiknya Sineet Wongvajirapakdi, berumur 34 tahun sebagai gundik diraja (Royal Noble Consort) secara rasmi pada bulan Julai lalu. Dan ianya merupakan pelantikan pertama setelah hampir satu abad, bagi kerajaan Dinasti Chakri ini.
Menurut kenyataan yang di keluarkan oleh pihak istana Thailand, Sineenat Wongvajirapakdi melanggar tatacara kelakuan sebagai peneman diraja dan tidak setia atau tidak bersyukur kepada raja.
“Gundik Diraja Sineenat tidak menghargai gelarannya dan berkelakuan dengan tidak sepadan dengan gelaran yang diberikan.
Malah berasa tidak cukup dengan gelaran yang dimiliki, dia bersaing dan merancang untuk menjatuhkan permaisuri”
Sineenat Wongvajirapakdi merupakan seorang juruterbang dan juga bekas jururawat tentera. Sineenat merupakan wanita pertama yang menerima gelaran diraja setelah hampir satu abad pemerintahan.
Bekas gundik diraja ini berkelulusan dari Royal Thai Army Nursing College pada usia 23 tahun dan dilahirkan di wilayah utara Nan pada 26 Januari 1985.
Sineenat juga dipercayai merupakan teman wanita Raja Maha Vajiralongkon yang paling lama dan mendapat gelaran pada bulan Julai lalu sebelum di tarik balik pada 22 Oktober 2019 (semalam).