Kecantikan

Eyebrow Extension Dan Microblading, Adakah Dibenarkan Dalam Islam?

Mas Idayu
/
I'm a lazy cat in the dreamland but with music and read Chinese novel as my battery, even a lazy cat can become a cannon folder to write its masterpiece!
Eyebrow Extension Dan Microblading, Adakah Dibenarkan Dalam Islam?

Kecanggihan teknologi masa kini membuatkan segala yang mustahil untuk dilakukan menjadi realiti. Seperti contoh kemudahan dalam aspek kosmetik dan kecantikan dan kecantikan adalah sinonim dengan sifat kewanitaan yang telah Allah anugerahkan kepada wanita.

IKLAN

Wanita cukup tertarik dengan kemudahan kosmetik yang berteknologi tinggi demi mencantikan rupa paras mereka meski mereka harus menghabiskan beratus-ratus ringgit atau beribu-ribu ringgit semata-mata ingin tampil cantik.

Sebut saja mengenai eyelash extension, hair extension, eyebrow extension, microblading dan segala seumpama dengannya membuatkan wanita naik gila untuk mentransformasi diri dengan berpuluh-puluh teknik kosmetik dan kecantikan yang kini sangat mudah dilakukan. Yang penting ada duit, semua boleh dilakukan!

Foto – mnbrowlashacademy.com

Sekarang ini ramai para wanita sedang sibuk dengan teknik menyulam bulu kening, dengan menggunakan teknik microblading untuk mencantikan bulu kening, menstrukturkan semula bulu kening atau menambah bulu kening supaya kelihatan penuh.

Tetapi, tahukah kamu wahai para wanita Muslim sekalian, sama ada teknik kosmetik sebegitu, adakah ia dibenarkan di dalam Islam? Apa pula hukum dalam melakukan teknik menyulam bulu kening ini.

Ketahui kupasannya di bawah dan mari kita lihat lebih dalam dari aspek pandangan Islam tentang isu ini.

Apa Itu Microblading?

Foto – capitalhairandbeauty.co.ukMicroblading merupakan teknik untuk menyulam alis atau bulu kening dengan menggunakan pisau halus untuk membuat lukisan-lukisan halus seperti rambut ke atas lapisan kulit sambil mengisi pigmen berwarna ke dalam kulit dengan menggunakan pisau halus tersebut.

Microblading merupakan sejenis tatu yang bersifat semi-permanent untuk tempoh satu hingga tiga tahun. Teknik menyulam bulu kening ini semakin popular dikalangan wanita yang memiliki bulu kening yang halus, jarang dan bulu kening yang tidak teratur.

Apakah Prosedur Untuk Melakukan Microblading?

Foto – semprebella.com.mx

Sebelum melakukan microblading, seorang pakar yang melakukan prosedur tersebut akan akan mengukur kening dahulu sebelum menentukan bentuk dan ukuran yang sesuai bagi bentuk wajah kamu.

IKLAN

Setelah mengukur, kening kamu akan diaplikasikan dengan krim anestasia sebelum memulakan prosedur menyulam bulu kening.

Malah wanita yang ingin melakukan teknik rawatan kosmetik ini tidak digalakan untuk memakan vitamin E, ibuprofen dan minyak ikan selama beberapa hari sebelum prosedur dijalankan kerana kandung makanan tersebut akan membuatkan darah dalam tubuh semakin cair. Selain itu, alkohol, kafein, botox, tanning, waxing dan mencabut bulu kening tidak boleh dilakukan sebelum prosedur dilakukan.

Begitu banyak pantang larangnya!

Apakah Hukum Melakukan Microblading?

Foto – YouTube

Teknik untuk melakukan microblading adalah sejenis tatu dan definisi tatu adalah mencucuk jarum pada kulit badan belakang, lengan, muka dan mana-mana anggota tubuh badan yang lain. Perbuatan ini adalah haram dan dilaknat oleh Allah S.W.T.

Para wanita Muslim dilarang melakukan tatu kosmetik ini, baik apa pun jua alasan yang kamu miliki, larangan serta hukum yang telah tetapkan oleh Sang Pencipta harus diambil serius.

Berdasarkan dalil hadis “Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, telah bersabda Rasulullah S.A.W, Allah melaknat tukang tatu dan orang yang meminta dibuat tatu dan orang yang mencukur bulu kening dan orang yang mengasah gigi untuk kecantikan kerana mengubah ciptaan Allah S.W.T”

Sebab Pengharaman:

  • Kawasan tatu menjadi najis kerana darah yang beku padanya.
  • Mengubah kejadian atau ciptaan Allah S.W.T
  • Menyakiti dan memudaratkan tubuh badan
  • Terhalang air untuk berwudhuk dan mandi hadas

Apa Itu Eyebrow Extension?

Eyebrow extension ini sama seperti eyelash extension di mana pakar akan menggunakan gam semulajadi pada rambut dengan pelbagai saiz dan ukuran kemudian diaplikasikan ke atas bulu kening atau kulit.

Dengan menggunakan eyebrow extension, bulu kening dapat di susunatur tanpa perlu mencukur bulu kening sedia ada. Malah dengan menggunakan eyebrow extension juga memboleh kening terbentuk dengan lebih cantik.

Prosedur Melakukan Eyebrow Extension

Untuk melakukan eyebrow extension ini, pihak pakar akan menggunakan gam semulajadi pada rambut yang terdapat dengan pelbagai saiz dan ukuran yang kemudian di pilih mengikut kesesuaian wajah dan diaplikasikan ke atas kening atau kulit.

Biasanya eyebrow ini dapat bertahan sehingga dua minggu dan setelah prosedur dilakukan, penjagaan eyebrow extension ini harus dijaga rapi. Ini bermakna kamu harus membiarkan bulu kening kering selama 24 jam selepas sesi pertama prosedur dijalankan.

Untuk memastikan gam yang diaplikasikan pada kening betul-betul kering, kamu harus mencuci wajah dan memakai makeup secara perlahan-lahan dan lembut. Agar gam tidak tertanggal.

Fakta, bukan semua orang sesuai menggunakan eyebrow extension ini. Dan kamu juga harus datang semula ke salon atau pusat rawatan untuk refill eyebrow extension. Sangat melecehkan.

Secara kesimpulannya, keinginan untuk cantik adalah lumrah manusia tetapi setiap perbuatan pasti ada larangannya. Dan perbuatan yang dilarang dalam Islam pastinya mempunyai sebab dan asbab yang tersendiri. Sebaiknya jauhi perbuatan yang boleh memudaratkan diri, tidak berbaloi untuk menyakiti diri semata-mata untuk kecantikan yang tidak kekal. Fikir-fikirkan!

 

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5, 6,