Tips - Fesyen

Ini Yang Kamu Kena Ada Kalau Nak Bergaya Macam Hailey Baldwin

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Ini Yang Kamu Kena Ada Kalau Nak Bergaya Macam Hailey Baldwin

Hailey Baldwin merupakan individu yang cukup bertuah.

IKLAN

Pada awalnya dia merupakan belieber dan sekarang bergelar isteri kepada penyanyi pop Justin Bieber. Ya, walaupun masih muda sekitar 20-an tapi dia memilih untuk mendirikan rumah tangga. Penulis terbaca di tabloid, alasan kedua remaja ini ingin kahwin kerana mahu melakukan seks (tak tahu betul atau tidak tapi serius sangat menjijikkan jika itu alasannya).

Foto – The Knot News

Kita tolak tepi pasal rumah tangganya dengan penyanyi bermasalah itu, yang penulis ingin fokus adalah fesyen Hailey Baldwin banyak menjadi tumpuan. Namanya makin menjadi buah mulut apabila muncul dalam Majalah Vogue, di mana Hailey transformasi sebagai Puteri Diana.

Wanita muda ini tidak keluar rumah dengan fesyen biasa-biasa tapi pasti ada satu atau dua helaian berjenama. Jika kamu merupakan peminat Hailey dan teringin nak melaram sepertinya, ini beberapa item perlu ada.

Hoodies Paling Selesa

Setiap kali keluar rumah, si cantik ini acapkali menyarung hoodies. Sama ada dipakai begitu sahaja atau dipadankan dengan jeans, tights, skirts. Rasanya ini must-have item Hailey Baldwin.

Foto – Arkib Wanista

Kekal Trend Dengan Cycling Shorts

Selain Jenner, Kardashian, Hadid, Hailey Baldwin sering dilihat memakai cycling shorts. Memang cukup menarik, lagi pula dipadankan bersama hoodies atau oversized sweater.

Foto – Arkib Wanista

Pakaian Luar Yang Besar

Sama ada flannel, cardigan, jaket, blazer – yang penting baju luar Baldwin selalunya bersaiz besar supaya nampak lagi trendy.

Foto – Arkib Wanista

Gaya Sukan High-Waisted Tights

Penulis rasa ini kira seluar kegemaran Hailey Baldwin. Tak digayakan ala sporty, disuntik elemen maskulin pula. Memang cool sekali!

Foto – Arkib Wanista

Kaca Mata Hitam

Bukan lagi alat bantuan melihat semata-mata, kaca mata kini diangkat sebagai aksesori mesti ada untuk semua golongan baik lelaki mahupun wanita. Dengan kaca mata penampilan yang biasa terus jadi stailo dan luar biasa!

IKLAN
Foto -Arkib Wanista

Aksesori Scrunchies Paling Comel

Hailey memang obses dengan scrunchies. Sama ada dandanan untuk majlis formal, karpet merah atau sekadar fesyen jalanan aksesori ini menjadi pilihannya. Gaya rambutnya begitu mudah untuk ditiru!

Foto – Arkib Wanista

Maskulin Dengan Blazer

Hakikatnya Hailey boleh memakai mini dress seksi pada siang hari dan malamnya menukar ke pakaian lelaki. Sama ada blazer atau suits, Hailey sukakan gaya maskulin bila peraga di karpet merah atau acara-acara khas.

Foto – Arkib Wanista

Sneakers

Bila diteliti, pilihan fesyen Hailey lebih ke arah gaya boyish. Jadi tidak hairan dia miliki koleksi sneakers yang pelbagai reka dan jenama.

Foto – Arkib Wanista

Jadi kenapa peminat Hailey Baldwin, sekarang anda boleh mula meniru fesyennya. Yang mana item tidak ada di almari, boleh pergi beli.

Selamat Beramal! Untung dari jadi peminat terus jadi isteri..