Tercari-cari hadiah sempurna untuk si dia atau sekadar reward diri sendiri selepas penat bekerja? Ini untuk kamu!
Tiada yang lebih istimewa daripada Koleksi Teddy Bear yang baharu daripada Love & Co.
Istimewanya Koleksi Teddy Bear Love & Co
Jenama yang sinonim dengan cinta dan suasana romantis, Love & Co. menampilkan koleksi yang diilhamkan oleh beruang teddy klasik, suatu simbol yang tidak lapuk dek zaman, menggambarkan cinta tulus, dakapan mesra dan jalinan persahabatan tanpa mengira usia.
Dihasilkan dengan penuh kasih sayang, setiap rekaan barang kemas Teddy Bear Love & Co. disaluti tarikannya yang tersendiri dan menjadi suatu ingatan mesra janji anda untuk menjadi teman yang disayanginya.
Direka dengan begitu teliti daripada emas mawar 18k dan batuan permata, koleksi ini menampilkan siri ciptaan – Heartfelt Confession, Love Lock, Cuddle Me, You Make Me Smile, dan My Companion – setiap satu direka untuk menambat hati si dia.
Tawaran Menarik
Koleksi baharu ini akan diketengahkan menerusi pameran sulung istimewa “Love Story” di The Gardens Mall (South Atrium Concourse) mulai 25 Oktober – 3 November 2019, diikuti dengan semua bilik pameran Love & Co. di seluruh negara.
Ciptalah perjalanan romantis yang tidak mungkin dilupakan dalam kisah cinta anda di pameran ini menerusi pelbagai aktiviti termasuklah mengambil gambar bersama maskot Teddy Bear dan Mencari Teddy Gergasi untuk membawa pulang beg tote Love & Co. serta baucar tunai bernilai RM100.
Jika ingin melihat sendiri keseluruhan koleksi Love & Co, pergi sahaja ke laman web rasmi [SINI]. Mana tahu ada yang berkenan dijadikan sebagai hadiah majlis istimewa, cincin pertunangan, gelang perkahwinan dan sebagainya.