Cinta & Perhubungan

Kawan Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan Je?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kawan Kuat Bohong, Nak Tinggalkan Atau Bertahan Je?

Sahabat adalah orang yang dipercayai wanita setara dengan keluarga dan pasangan mereka, bahkan lebih. Namun apa jadinya jika mempunyai sahabat yang suka berbohong? Mesti tekanan bukan?

IKLAN

Satu hal yang agak mengganggu adalah kebiasaan sahabat yang suka berbohong. Di depan dikatakan lain, di belakang sebaliknya pula. Tidak hanya sekali dua kali, tapi berkali-kali. Paling teruk bila si sahabat menceritakan rahsia anda pada orang lain. Anda percaya pada sahabat anda tetapi dia ringan mulut bercerita pada orang lain. Kalau setakat rahsia kecil, masih boleh anda terima tapi jika rahsia besar yang sepatutnya hanya anda berdua sahaja yang mengetahui, rasanya ini sudah keterlaluan. Sikap dia persis langsung tidak menghormati anda.

Jadi, sahabat sebegini harus dijauhi atau anda bertahan saja dengan sikapnya itu?

Lindungi diri

Jika anda masih ingin bertahan bersahabat dengannya, maka cara terbaik adalah melindungi diri anda. Jika dia suka menceritakan hal -hal peribadi dan rahsia anda pada orang lain maka jangan sesekali percaya dia akan menjaga rahsia walau apapun. Jangan terlalu berharap dia akan menghentikan kebiasaan berbohongnya, Andalah yang harus melindungi diri sendiri agar tidak menjadi korban pembohongannya.

Mengapa dia berbohong?

Sahabat anda berbohong mungkin bersebab, cuba duduk semeja dan tanya kenapa dia perlu bersikap sebegitu. Ada setengah orang sanggup berbohong akan perihal peribadinya. Dia seperti bangga diri menceritakan kehebatannya padahal semuanya itu bohong belaka. Kenapa sampai begitu. Semua yang keluar dari mulutnya adalah pembohongan, sanggup anda nak berkawan dengan orang sebegitu. Kalau, anda rasa perlu tahu cuba cakap baik-baik dan tanya keadaannya yang mungkin anda boleh tolong.

Tunjukkan perasaan sebenar

Dibohongi adalah hal yang menyakitkan. Anda boleh menunjukkan sikap kecewa pada sahabat akibat pembohongan yang dilakukannya. Menunjukkan rasa kecewa kerana dibohongi boleh membuatkan dia menyedari bahawa tindakannya salah, dan semoga saja dia tidak melakukan hal yang sama. Namun anda tetap perlu berhati -hati.

Kalau anda terganggu dengan pembohonganya, anda mungkin boleh menjauhinya secara perlahan-lahan. Atau lebih baik jika anda jelaskan perihal yang sebenar. Yelah takkan main pergi macam itu saja.

Selamat Beramal!

IKLAN